• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Bantuan Kerajaan / Sebab Gagal, Tebus ePenjana RM50 Tidak Berjaya

Sebab Gagal, Tebus ePenjana RM50 Tidak Berjaya

17/08/2020 by Toji Ali Leave a Comment

Saya cuba beberapa kali tebus ePenjana RM50 dari 2 eWallets yang berbeza dan setiap kali penebusan gagal. Alasan yang diberikan ialah tidak jumpa profile MySejahtera saya. Saya kongsikan kenapa penebusan ePenjana RM50 tidak berjaya.

Syarat-syarat untuk memohon ePenjana RM50 ialah:

  1. Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Pendapatan tahunan bawah RM100,000
  3. Mempunyai akaun MySejahtera

ePenjana RM50 ini boleh ditebus melalui 3 eWallets berikut:

  1. Boost
  2. Grab
  3. Touch ‘n Go

Saya sudah ada akaun MySejahtera berdasarkan SMS pengesahan berikut:

SMS pengesahan akaun MySejahtera diaktifkan
SMS pengesahan akaun MySejahtera sudah diaktifkan

Untuk kali pertama, saya cuba untuk tebus menerusi eWallet Grab. Saya skip Boost sebab saya baca komen-komen netizen, proses penebusan dengan Boost adalah rumit.

Percubaan pertama dengan Grab gagal. Alasan yang diberikan ialah tidak jumpa profile MySejahtera saya. Memang salah saya sebab ketika saya daftar akaun Grab dulu, saya gunakan nama ringkas tidak mengikut MyKad.

Penebusan ePenjana RM50 dengan Grab eWallet gagal
Penebusan ePenjana RM50 dengan Grab eWallet gagal

Setelah saya edit profile Grab saya dan update name mengikut MyKad, saya cuba tebus untuk kali kedua. Dan penebusan kali ini masih tidak berjaya. Alasan yang sama, tidak jumpa profile MySejahtera saya.

Saya tidak tahu apakah yang berlaku kerana saya sudah ada akaun MySejahtera.

Saya give up dengan Grab dan cuba dengan Touch ‘n Go eWallet pula.

Penebusan dengan Touch ‘n Go eWallet juga gagal. Saya hairan, apakah masalahnya.

Penebusan ePenjana RM50 dengan Touch 'n Go eWallet gagal
Penebusan ePenjana RM50 dengan Touch ‘n Go eWallet juga gagal

Saya buka aplikasi MySejahtera, memang tertampang nama saya, jadi memang sah saya ada akaun MySejahtera.

Akaun MySejahtera
Akaun MySejahtera saya ternyata sudah wujud

Saya sedar kenapa penebusan ePenjana RM50 tidak berjaya

Rupa-rupanya saya kena tekan “Check-in” dan submit soalan yang dikemukakan di aplikasi itu. Saya fikir kalau mahu masuk ke satu-satu tempat dengan aplikasi MySejahtera barulah kena tekan “Check-in” dan submit soalan itu.

Setelah saya submit soalan yang dikemukakan dan sampai ke paparan utama. Saya cuba sekali lagi untuk tebus ePenjana RM50 di Touch ‘n Go eWallet.

Alhamdulillah. Percubaan kali ini berjaya tanpa masalah. Saya sudah gunakan untuk online shopping di Lazada.

Penebusan ePenjana RM50 berjaya
Penebusan ePenjana RM50 berjaya

Harap panduan ini membantu sekiranya anda juga menghadapi masalah yang sama. Saya juga sediakan panduan tebus ePenjana RM50 dengan Touch ‘n Go eWallet.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Bantuan Kerajaan Tagged With: bantuan kerajaan, eWallet, Grab, Touch n Go

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Verify PayPal Dengan Kad Debit
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW
  • Remote Astro Rosak, Beli Remote Baru

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in