• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Bantuan Kerajaan / Semakan dan Permohonan Rebat TNB RM40

Semakan dan Permohonan Rebat TNB RM40

10/08/2020 by Toji Ali Leave a Comment

Panduan membuat semakan dan permohonan rebat TNB RM40. Program rebat bil elektrik sebanyak RM40 sebulan adalah bantuan yang diumumkan oleh kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November 2018.

Program ini diperkenalkan bermula 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019 menggantikan program rebat RM20 yang berakhir pada Disember 2018.

Sekiranya anda tergolong dalam kalangan golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih, sila semak kelayakan untuk menerima rebat ini di laman web Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (https://semakanrebat.mestecc.gov.my). Semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi MyGCC di talian 03-8000 8000, atau menghubungi TNB Careline di talian 1-300-88-5454 atau mengunjungi Kedai Tenaga terdekat. (sumber rujukan: https://www.tnb.com.my/residential/discounts-rebates-offers)

program rebat TNB RM40
Keputusan carian status kelayakan rebat TNB RM40

Setelah anda disahkan layak untuk menerima rebat RM40 ini, sila isi borang permohonan dan hantarkan ke Kedai Tenaga terdekat bersama-sama salinan MyKad. Bawa juga bil elektrik sebagai rujukan. Saya menggunakan borang yang dimuat turun dan dicetak dari sini: https://semakanrebat.mestecc.gov.my/download/Declaration_Form_Rebat_Elektrik.pdf. **Borang ini untuk Semenanjung, sila semak pautan di bawah untuk Sabah dan Sarawak.

Borang-borang yang disenaraikan pada skrin semakan status kelayakan:
Semenanjung – https://semakanrebat.mestecc.gov.my/download/Declaration_Form_Rebat_Elektrik.pdf
Negeri Sarawak – https://semakanrebat.mestecc.gov.my/download/Declaration_Form_Rebat_Elektrik_SEB.pdf
Negeri Sabah – https://semakanrebat.mestecc.gov.my/download/Declaration_Form_Rebat_Elektrik_SESB.pdf

Setelah permohonan lulus, bil elektrik yang seterusnya akan dipotong siap-siap RM40. Anda berkemungkinan masih perlu bayar penuh bil elektrik seterusnya sekiranya tarikh permohonan anda terlalu hampir dengan tarikh bil terbaru.

Rebat TNB RM40
Rebat TNB RM40

Menurut fail PDF (FAQ) daripada laman web MESTECC, tidak menjadi masalah sekiranya nama pemohon dan nama pemegang akaun TNB adalah berbeza. (sumber rujukan: https://semakanrebat.mestecc.gov.my/download/faq.pdf)

NOTA: Artikel ini ialah siaran semula daripada blog www.perkongsian.com. Tarikh siaran asal pada 25/03/2019.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Bantuan Kerajaan Tagged With: rebat elektrik, rebat RM40, rebat TNB, TNB

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Lagu Spongebob Squarepants Versi Loghat Malaysia
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in