Assalamualaikum semua. Diharap semua sihat dan kita semua dilindungi daripada wabak penyakit yang berbahaya ini.
Sempena dengan comeback saya di blog ini. Saya mahu buat entry luahan perasaan atau ‘ranting‘ sesuai dengan tema blog ini yang lebih berat sebelah kepada personal berbanding tutorial.
Benda ini dah lama dah. Tapi kalau tidak diluahkan nanti tension pulak. Lebih-lebih lagi musim ini yang mana ramai orang alami tekanan perasaan.
Akhirnya ada fungsi juga blog ini yang selalunya diabaikan dan mengumpul sawang labah-labah sahaja, sesuai dengan namanya – laman sesawang.
Bila disebut pasal servis penghantaran, pastinya melibatkan pembelian atas talian.
Saya dulu fanboy Lazada, baru berjinak-jinak pula dengan Shopee. Antara sebab saya beralih hati ke Shopee ialah dapat pilih servis penghantaran atau courier. Tapi itu cerita dulu lah, sekarang Shopee 2×5 je dengan Lazada, tak boleh pilih. Coins Cashback adalah fungsi yang buat saya melekat dengan Shopee walaupun awalnya marah betul dengan Shopee lepas diorang buang fungsi pilih courier.
Kalau di Shopee, saya memang akan pilih PosLaju sebab saya selalu pakai dan tidak pernah bermasalah. Saya sedar lain orang lain citarasa, ada yang tidak suka PosLaju kerana servis yang kurang baik di tempat mereka.
Malangnya pembelian dari luar negara seperti dari China tidak boleh pilih courier. Selalunya kalau barang dari China akan dihantar oleh CJ Century. Tempoh hari lain pula yang jadi. Barang yang saya pesan, setelah lama menanti untuk tiba di Malaysia, akhirnya tiba namun dihantar oleh courier yang saya baca banyak review teruk dari pengguna.
Suatu pagi, ketika login ke Shopee, terperanjat saya apabila status parcel telah jadi delivered sedangkan saya masih belum terima.
Rupa-rupanya saya dapati telefon saya bermasalah. Walaupun telefon hidup dan ada line, tapi sebenarnya ia tidak dapat dihubungi. Apabila saya betulkan telefon saya, memang ada SMS notis miscall nombor tidak dikenali, pasti nombor deliveryman yang hantar barang saya.
Memang biasanya deliverymen akan call sebab susah nak cari rumah.
Secara kebetulan, hari itu ialah hari cuti Deepavali, jadi nak contact support pun mungkin tak dapat.
Yang buatkan saya marah, menurut website courier tersebut, delivery attempts akan dibuat sebanyak tiga kali. Sepatutnya attempt dibuat pada hari yang berbeza. Setidak-tidaknya selepas 2 attempts gagal, cuba pada hari lain pula.
Apa yang dilakukan ialah 1 attempts pada sebelah petang, 2 attempts pada waktu malam yang mana saya telah pun tidur. Macam mana boleh delivered sedangkan saya sudah lama tidur.
Gila bang, attempts pertama tu memang legit – pukul 4 petang hingga 10 malam. Attempt kedua start 10:06 malam, 12 minit kemudian terus unsuccessful. Attempt ketiga, 11:23 malam out for delivery, serta-merta delivered. N@jis Lembu! Attempt kedua dan ketiga ni memang sah menipu. Gila deliver pukul 11:30 malam, saya sudah lama tidur. Siapa-siapa pun kalau belum tidur pun, pasti tak nak diganggu pada waktu itu.
Menurut websitenya, setelah 3 failed attempts, parcel akan dikembalikan kepada penjual. Namun, mereka ambil jalan mudah dengan menipu, barang entah ke mana, tapi delivered.
Saya mengaku di pihak saya salah kerana nombor telefon tidak dapat dihubungi. Namun pihak courier juga salah kerana menipu. Siap ada gambar “proof of delivery” lagi, tapi yang lucunya gambar menunjukkan nama dan alamat penerima lain, bukan saya, perempuan pulak tu. Gambar kabur, mungkin disengajakan, tapi samar-samar dapat tengok nama dan tracking number. “Proof of delivery” macam itu sepatutnya tak valid sebab gambar bungkusan semata-mata, bukannya gambar bersama penerima seperti yang digunakan oleh Lazada Express dan Shopee Express.
Mereka dakwa tetap deliver walaupun ketika cuti umum. Saya cuba nasib untuk hubungi mereka. Tidak dijawab. Saya baca banyak reviews negatif mereka memang susah untuk angkat panggilan.
Saya cuba untuk contact di live chat mereka. Ejen yang balas chat tu lain macam dia punya bahasa, sopan tapi ayat dia berbelit susah saya nak faham.
Akhir cerita, kononnya akan siasat. Sampai ke sudah tiada berita.
Saya malas nak bersungguh-sungguh buru parcel saya itu, sebab bukan mahal pun. Lebih kurang RM25 je, nasib baik.
Cuma memang saya frust sebab 3 barang yang saya order itu ialah the best deal yang saya jumpa di Shopee, ditambah masa menunggu yang lama untuk sampai, lagi la saya geram.
Apa-apa pun, saya redha je. Memang saya akan lebih berhati-hati untuk order barang dari Shopee sebab banyak sellers Shopee yang peminat nombor satu courier yang saya benci ini.
Sebelum ini saya pernah sekurang-kurangnya sekali gunakan servis ini. Seller Carousell pakai courier ini. Selepas kejadian ini pun saya ada terima parcel dari courier ini, tapi saya lebih hati-hati, hanya beli barang murah-murah sahaja.
Kalau nak beli barang mahal saya akan pilih Lazada. Kalau ada option COD, saya pilih COD, walaupun tak dapat benefits seperti kupon, cashback dan lain-lain. Sepanjang saya shopping di Lazada, tiada satu pun seller yang pakai courier ini, sebab itu sekarang saya kembali pakai Lazada bersama-sama dengan Shopee.
Pengalaman anda pula bagaimana? Saya pasti benda ini bukan perkara aneh dan ram,ai yang terkena dengan courier tertentu.