Sebelum ini saya sudah kongsikan panduan untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN secara online menggunakan Maybank2U.
Walau bagaimanapun panduan yang saya tunjuk sebelum ini mengenakan caj sebanyak RM1.06 (termasuk GST). Bayangkan kalau bayaran sebanyak 100 kali dibuat, anda sudah keluarkan duit tambahan sebanyak RM106, sedangkan duit tambahan itu tidak termasuk daripada jumlah pinjaman.
Panduan kali ini langsung tidak dikenakan sebarang caj. Panduan kali ini masih menggunakan Maybank2U tapi melalui perkhidmatan JomPAY. Perkhidmatan JomPAY ini tersedia kepada kebanyakan online banking termasuk Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain.
Cari maklumat yang diperlukan
Untuk menggunakan perkhidmatan JomPAY, anda mestilah mempunyai:
1. Biller code (PTPTN):
Bayaran balik pinjaman UJRAH – 34975
Bayaran balik pinjaman konvensional – 96933
Penambahan deposit SSPN-i – 731197
2. Ref-1 : Nombor akaun pinjaman anda
3. Ref-2 : Nombor telefon anda
Sila ke halaman semakan jomPAY PTPTN dan masukkan nombor IC anda untuk membuat semakan.

Biller code, ref-1 dan ref-2 tidak berubah-ubah untuk setiap transaksi. Jadi anda boleh simpan untuk transaksi akan datang atau jadikan sebagai ‘favorite’ di Maybank2U untuk kemudahan.
Senarai bank menyediakan perkhidmatan JomPAY

Sumber: Laman web JomPAY.

Bayaran balik pinjaman PTPTN melalui JomPAY dan Maybank2U.
Login ke Maybank2U dan pergi ke Bill Payment.

Pilih JomPAY

Pilih one-off payment.

Masukkan maklumat yang diperlukan dan teruskan.

Semak butir-butir sebelum teruskan, jika semuanya baik klik request TAC dan masukkan nombor TAC yang dihantar kepada nombor telefon anda. Kemudian klik Confirm.

Transaksi sudah selesai. Jangan lupa klik Print Receipt untuk simpan slip sebagai rujukan, mana tahu kalau-kalau ada masalah, ada bukti.

[…] Update: Bayar PTPTN online juga menggunakan Maybank2U tapi tanpa sebarang caj. […]