Assalamualaikum. Di sini saya akan tunjukkan cara-cara untuk bayar bil YES internet (YTL) secara online menggunakan Maybank2U.
Cara bayar bil YES online
Pertama sekali, sila log masuk ke akaun anda di laman web YES.
Klik pada butang Pay Now.

Sila pilih jumlah bayaran yang ingin dibuat samada bayar penuh ada amaun lain. Pilih kaedah pembayaran samada kad kredit atau Maybank2U. Akhir sekali, setuju dengan terma & syarat. Klik pada butang Pay Now.

Klik OK pada mesej pemberitahuan popup blocker.

Semak butir-butir transaksi dan klik pada Confirm.

Log masuk ke akaun Maybank2U
Popup login ke Maybank2U akan ditampilkan. Sila log masuk ke akaun Maybank2U anda.

Klik pada butang Continue pada popup berkenaan untuk sahkan pembayaran.

Klik pada butang request for TAC. Masukkan nombor TAC yang dihantar ke nombor telefon anda dan klik pada butang Confirm.

Transaksi selesai dan berjaya. Sila klik pada butang Print untuk tutup popup Maybank2U.

Akaun YES anda akan dikemas kini dengan segera
Selepas popup Maybank2U ditutup, laman YES akan detect pembayaran telah disempurnakan.

Proses pembayaran selesai dan sila beri masa beberapa minit untuk dashboard dikemas kini. Dashboard akan menunjukkan jumlah due amount sebanyak RM0 (bil untuk bulan semasa sudah dijelaskan).

Itulah sahaja post untuk kali ini. Assalamualaikum.