Siapa yang main game Candy Crush Saga angkat tangan cepat. Baik mengaku. OK, aku pun main jugak pada tab Android aku. Game ini free, tapi bisnes dia mula beroperasi bila pemain-pemain telah kehabisan tenaga atau nyawa (lives). Sepertimana yang korang-korang yang main game ini tahu, lives yang diberikan adalah 5, satu lives akan hilang bila korang gagal selesaikan misi yang telah ditetapkan. Satu lives mengammbil masa selama 30 minit untuk naik. Kalau kelima-lima lives sudah habis, perlu tunggu 2 jam 30 minit untuk full balik. Bagi yang tak sabar, boleh beli lives daripada diorang dan disitulah bisnes mereka. Kali ini jom kita belajar cara yang simple bagaimana mahu dapatkan lives segera Candy Crush Saga (pada peranti Android) tanpa perlu keluarkan duit walau sesen pun, tanpa perlu hack smartphone mahupun intall hacked version game ini.
Macam mana nak dapatkan nyawa segera Candy Crush Saga?
Lives perlukan masa untuk naik. Nampak tak kata kunci di sini iaitu masa. Apa yang kawal masa pada smartphone Android? Jam lah jawapannya. Trick di sini ialah untuk alter masa semasa ke masa hadapan. Jika ianya perlukan 150 minit untuk dapat full lives, maka cepatkanlah masa jam korang sebanyak itu. Kalau tak cukup lagi cepatkan lagi jam itu. Jangan lupa pula untuk reset ke masa yang betul bilamana anda mahu tidur.
Bagi aku, game ini akan hilang keseronokan bermainnya jika ada full lives. lives yang terhad membuatkan kita akan merasa berhati-hati dan mengatur strategi sebelum swap candies. Jika ada unlimited energies, kita tidak akan berasa takut untuk tidak leps misi dan hanya bermain dengan sambil lewa tanpa strategi.