Cerita di sebalik entry ni:
Duduk di negeri orang memang tidak boleh lari dari terkenangkan kampung halaman..
Aku homesick?? Haha, lebih kurang la…
Lagu ni memang dah tersangat sangat lama
Lagu ni ada sejak aku kecik lagi
Memandangkan waktu tu aku masih kecik, tak tahu menahu pasal lagu ni
Nyanyi tu nyanyi la, tp tak tahu makna yg tersirat disebalik seni kata lagu tu
Bila dah besar, baru aku tahu nilai tersendiri yg terkandung dlm tiap-tiap baris
Bukan sahaja mengutarakan perasaan kasihkan desa tercinta,
juga untuk mengetengahkan budaya warisan nenek moyang sejak turun temurun
contohnya; “cak klepuk klepuk” dll yg aku sendiri pun tak tahu ape bendanya…
Semakin berusia sesuatu lagu, semakin unik dan bernilai
Bak kata orang tua-tua, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Walaupun lagu ni memang dah lama, tapi aku lebih gemarkan lagu-lagu lama berbanding yg ada sekarang..
Lagu-lagu lama mempunyai bunga bahasa yg unik dan makna yg begitu mendalam dlm gubahan liriknya..
Lagu ni memang mendatangkan kesan yg mendalam bila aku mendengarnya..
Jauh di tempat orang, lagu inilah yg menjadi pengubat hati..
Ditambah pulak Nora yg berasal daripada Kelantan menyebabkan aku bertambah rindukan Kelantan..
Video ni aku dedikasikan kepada semua perantau..
Samada berada di luar negeri ke, overriver atau oversea ke ape..
Tak kira dimana jua anda berada, jauh dari desa nan tercinta, tapi sentiada dekat di hati..
Visual video ni adalah tempat-tempat disekitar rumah aku jer..
Tentulah dengan descriptionsnya sekail..
Oh ya.. sub englishnya merapu la cket,
coz aku ni bukannya cekang english, cukup2 makan jer..
Aku letak jugak subnya pasal aku memang dah terbiasa,
kalau bikin video, mesti kena ada eng sub,
kalau tak, macam tak complete pulak..

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=Q8fcOykh61M]

Penerangan serba sedikit tentang lirik lagu ini:

Cak klepak klepuk klepa
Aku rasa ianya tiada membawa maksud apa-apa. Boleh jadi gurindam orang zaman dulu-kala.

Woh blonge lokoh kulek
Buah Blonge tertanggal kulit.
Aku dengar budak dalam lagu tu sebut “woh brange” yg membawa maksud buah berangan ataupun “chestnut“, tapi menurut mak aku, sepatutnya “woh blonge“.
Aku pun tak tahu apa buah blonge dalam bahasa melayu standard, jd jgn tanya.
Buah ni sejenis buah liar yg tumbuh dalam semak-samun, dan tak boleh dimakan.
Gunanya utk buat ubat batuk dgn lumurkannya di sekitar kawasan halkum..
Satu lagi tang “lokoh“, aku tak brape dengar apa yg budak tu sebut, lebih kurang macam “akah” atau “atah“,
aku pun xtaw, sepatutnya “lokoh” kalau menurut mak aku.. mungkin perkataan yg sinonim kot..

Akak crano takdok tbaka
Angkat tepak sirih, takde tembakau
Dia angkat tepak sirih nak cari tembakau, tapi takde kat dalam tu, dah habis..

Ambek same(e dlm epal) kito balik/kelik
-Aku dengar budak tu sebut benda lain, tapi mak aku kata “same”. Same ni adalah sesuatu yg dibuat daripada pelepah sagu, gunanya untuk dibuat sbg payung, lebih kurang macam kalau berpayung pakai daun keladi, kalau nak mudah faham..

kredit kepada mak aku, aku langsung xtaw apa-apa pasal benda-benda klasik cam gini. kalau mak aku tersilap, aku lagi la beri input yg silap kat korang. maklum la, kan benda dah lama, mak aku pun dah samar-samar.

Lat tali lat tali tamplum
Takkan yg ni tak taw kot, tiga orang nak tentukan sape yg kena wat sesuatu diundi dgn cara ni..
Apabila sebut sahaja perkataan ni, sebelah tangan setiap tiga orang itu akan digoyang-goyang,
apabila perkataan “tamplum” selesai disebut, dgn pantas setiap tiga orang ini akan bukak tapak tangan samada
menghala ke atas atau ke bawah, yg mana tapak tangannya menghala ke arah yg berbeza drpd dua yg lain,
dia keluar. Yang dua lagi akan tentukan dgn “One Two Som” (gunting, batu, kertas, pistol, burung), sape kalah dia yg kena..

Lirik

Burung yang berkicauan
Air mengalir tenang
Sejuk mata memandang
Damai mempesonakan
Padi melambai-lambai
Gadis di tepi bendang
Walau panas membahang
Tetap manis tersenyum riang

Ke kirilah ahai
ke kananlah ahai
Inilah desa yang tercinta ahai
Menarilah ahai
menyanyilah ahai
Riangnya suara mereka
Desa tercinta

Haruan atau keli
Masakan cili padi
Makan beramai-ramai
Tusuk tawa mengilai
Dan senja pun berlalu
Malam pula bertamu
Dengar cerita atok
Nenek pun mula menjeling
Emmm… apa tu ?

Ke kirilah ahai
ke kananlah ahai
Inilah desa yang tercinta ahai
Menarilah ahai
menyanyilah ahai
Riangnya suara mereka
Desa tercinta
(Ke kirilah ahai)
(ke kananlah ahai)
Inilah desa yang tercinta ahai
Menarilah ahai
menyanyilah ahai
Riangnya suara mereka
Desa tercinta

Ke kirilah (ahai)
ke kananlah (ahai)
Oh inilah desa yang tercinta (ahai)
Menarilah (ahai)
menyanyilah (ahai)
Oh riangnya suara mereka
Desa tercinta

Menarilah (ahai)
menyanyilah (ahai)
Riangnya suara mereka
Desa tercinta

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *