Assalamualaikum. Kali ini saya akan kongsikan panduan untuk tentukan anda punya akaun Paypal verified atau unverified untuk design laman PayPal yang baru.

Status sudah dibuang/disorok

Kalau design yang lama cukup senang kerana status akaun anda akan dipaparkan di bahagian atas My Account tetapi ianya sudah dibuang untuk design yang baru.

verify paypal
Design dulu ada tunjuk status verified/unverified

Trick yang pernah berjaya

Terdapat trick yang dikongsikan oleh pengguna di internet, malangnya trick tersebut sudah tidak lagi berjaya. Anda akan dihalakan ke halaman hubungi PayPal jika mencubanya untuk masa sekarang.

verify paypal
Dah tak menjadi

Petunjuk Alternatif

Petunjuk yang baik untuk agak akaun anda sudah verified ialah dengan melihat semua tick sudah ada (100%) jika anda klik pada get the most out of PayPal.

paypal ticks
Semua tick sudah ada

Pun begitu, ianya masih meragukan apabila membuka halaman had akaun. Masih ada limit yang perlu dibuang dengan pengesahan identiti.

paypal limit
Limit masih ada

Cara untuk semak PayPal verified atau unverified

Berbalik kepada topik asal, seorang sahabat telah berkongsi trick ini di Forum ClixSense. Kredit diberikan kepada beliau selaku individu yang tunjukkan saya trick ini. Di sini saya kongsikan semula cara beliau.

1. Pergi ke halaman FAQ “How do I verify my account“.

2. Klik pada pautan “verify your PayPal account” yang ada di halaman berkenaan.

paypal verified
Laman bantuan PayPal

3. Anda akan ditujukan ke halaman log masuk PayPal. Sila masukkan alamat email dan kata laluan serta log masuk ke akaun anda.

4. Anda akan ditujukan ke satu halaman yang mana akan beritahu sama ada akaun PayPal anda verified atau tidak.

paypal verified
Akaun PayPal Verified

Alternatif

Pendaftaran reward site seperti InstaGC dan Vivatic memerlukan pengguna memiliki akaun PayPal yang verified. Jika anda tidak berjaya link akaun InstaGC/Vivatic anda, laman berkenaan akan memberitahu bahawa akaun anda tidak verified.

instagc verified paypal
InstaGC mahukan akaun PayPal yang verified

*InstaGC adalah laman yang mana anda akan dibayar untuk menjawab survey, membuat tugasan mikro dan sebagainya. Bayaran melalui PayPal atau gift card seperti Amazon dan untuk kaki games, gift card Steam.
*Vivatic juga sama, walau bagaimana pun survey untuk pengguna Malaysia agak terhad.
*Untuk survey terbaik bagi pengguna Malaysia, anda boleh daftar akaun ClixSense (unverified PayPal pun boleh join).

Artikel berkaitan:
Panduan membuka akaun PayPal
Panduan verify akaun Paypal
Panduan keluarkan duit dari akaun PayPal ke akaun bank
Panduan buat duit USD percuma masuk ke akaun PayPal

temuduga kerja kerajaan
Temuduga kerja kerajaan

Semoga panduan ini bermanfaat buat anda. Terima kasih.

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

0 thoughts on “Cara tentukan akaun Paypal Verified (Design Baru)”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *