Kali ini mari kita belajar cara membuat, kelebihan atau khasiat serta resepi budu itu sendiri.
Kelantan + Budu = Kelabu? :p
Masyarakat Kelantan tidak boleh lari daripada benda yang dipanggil budu. Kalau makan nasi tak pekena budu, memang tak boleh kenyang. Boleh dikatakan dalam setiap rumah di Kelantan akan ada budu sekurang-kurangnya sebotol. Memanglah budu ni mempunyai bau yang kuat. Tapi, lebih busuk budu tu, yang itulah lebih mendatangkan kepuasan (hahaha, tokok tambah sendiri).
Walaupun orang Kelantan makan budu, ada jugak yang tak boleh terima benda ni. Tapi saya rasa tak mungkin lah, walau se-alergic manapun orang itu terhadap budu, dia mungkin pernah try budu walaupun sekali seumur hidup. Sama la macam saya, walaupun saya ini tok brapo brehi (kurang gemar) makan budu, hakikatnya saya tetap makan juga budu jarang-jarang – nasi kerabu, ikan singgang dan lain-lain.
Budu ni, walaupun nama omputeh nya adalah “anchovy sauce” ataupun sos bilis dalam bahasa melayu, tak semestinya semua budu diperbuat daripada ikan bilis. Ada jugak budu yang diperbuat daripada ikan lain seperti ikan selar, kembung, selayang, tamban dan lain-lain, budu yang berwarna kelabu ni dikenali sebagai “budu plagho”. Budu yang ada high concentration of ikan bilis seperti budu cap ketereh yang kalau tidak digoncang, akan ada layer warna merah dibahagian atas botol. Budu cap ketereh tu baru yang betul-betul budu ikan bilis authentic dan diiktiraf sebagai harta intelek oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM).
Menurut Wikipedia (sumber yang tak reliable sebab siapa-siapa pun boleh edit), budu menyamai patis di Filipina, ketjap ikan di Indonesia, ngapi di Myanmar, nuoc mam di Vietnam, ishiru ataupun shottsuru di Jepun, colombo cure di India dan Pakistan, yeesu di China dan aekjeot di Korea. Tapi kesahihannya, tidak diketahui dan saya bukan nak cerita pasal perkara itu.
Proses membuat budu
Enough talk, jom ketahui cara-cara memproses budu ni.
Jom kita bikin homemade budu. Ada banyak method dan ramuan utk buat budu sebenarnya, sebab tu la rasanya pun berbagai-bagai. Ada orang pakai gula biasa instead of gula melaka dan ada jugak orang yang langsung tak bubuh. Ada orang masukkan asam keping, tapi dalam prosedur saya ini, saya tak taruk, depends on you okay. Kita perlukan ikan bilis, garam kasar (nak guna garam serbuk boleh jugak kot), dan juga nise (palm sugar/gula melaka) P/s: Kepada anda dinasihatkan gunakan ikan bilis dalam setengah ke sekilo je okay, risau kalau-kalau budu tak jadi, membazir pulak. Ikan bilis kan mahal. Ratio ikan bilis kepada garam adalah bermula dari 2 ke 6 nisbah 1. Kalau tak mahu masin sangat guna nisbah 4-6:1. Nisbah dikira mengikut genggaman tangan.
Cara membuatnya:
1. Bersihkan ikan bilis, biarkan kering dengan suhu bilik.
2. Gaulkan ikan bilis dengan garam dan nise.
3. Taburkan garam di dasar balang yang akan digunakan untuk perang budu, kemudian masukkan ikan bilis yang digaul, lapiskan garam sekali lagi di atas.
4. Sebelum mulut balang ditutup, lapiskan dengan kain kasa agar penutup dapat ditutup dengan kemas dan lalat tidak dapat masuk bertelur.
5. Biarkannya di tempat gelap dalam jangka masa sebulan dua. Nak letak kat tengah panas pun boleh, tapi selalunya kalau yang buat dalam tempayan la, mulut tempayan akan dibuka dan digaulkan isinya supaya cepat hancur.
6. Bila dah agak-agak dah jadi budu, tapiskan dan sedia untuk dinikmati.
Kelebihan budu
(Lagi dipetik dari wikipedia) – Wikipedia memang tak boleh dipercayai, entah-entah yang ditulis di sana hanyalah troll semata-mata
1. Budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
2. Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.”
3. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Begitulah serba sedikit kelebihan yang dipetik daripada wikipedia dan juga dari blog yang lain-lain. Persoalannya, betulkah semua itu? Budu mampu menyembuh penyakit? Budu tu masin sangat, bagi saya, kalau makin banyak makannya, makin darah tinggi. Tak ke semakin tambah penyakit tu? Apa-apa pun, pandai-pandai la kontrol kadar garam dan gula dalam darah kita, okay.
Resepi Budu Sedap versi saya sendiri
Bahan-bahan
1. Budu
2. Cili 2-3 biji. Kalau suka pedas, tambah lagi. Seelok-eloknya guna cili padi bukannya cili Thai. Cili padi lebih pedas.
3. Sebatang serai
4. Sebelah limau nipis. Kalau ada, elok guna limau yang khas untuk budu, orang Kelantan panggil “Ase Kiya”.
5. Bawang merah sebiji.
Cara menyediakan
1. Masukkan budu ke dalam periuk kecik. Jangan masukkan semua satu botol, agak-agak untuk sekali makan je.
2. Hiriskan bawang merah, serai dan cili. Masukkan ke dalam periuk.
3. Perahkan asam limau ke dalam periuk.
4. Panaskan. Memandangkan budu ni mudah vapourize, baik jangan panaskan secara direct.
Ambik periuk yang lebih besar, masukkan air sedikit dan panaskan hingga mendidih.
5. Kemudian taruk periuk kecik berisi budu kedalam periuk berisi air mendidih itu. Alah, sama macam cara cairkan coklat.
6. Bila budu dah panas, sedia untuk dihidang..
Syok dimakan bersama nasi kosong dengan ulam-ulaman kampung seperti petai jeruk, ‘timun batang’ dan kacang botor.
Tak perlu lauk, budu masak spesel dengan ulam pun dah cukup.
Tu lah dia serba sedikit mengenai budu. Jangan lupa mencuba ya. Kalau nak tengok video cara-cara makan mi segera dengan budu, klik sini. Kalau nak resepi sos pencicah makanan laut, klik yang itu.
Budu Ais
Alamak! Nak cari ada tak orang ‘kreatif’ macam kawan saya dalam video kat atas buat benda yang rare, buat budu ‘o’ ais taruk dalam gelas dinasaur dan letak pletim (straw) serta payung kecik, tapi masih belum ada orang yang semacam gitu. Takpe, nanti saya buat dan upload gambar :p
budu memang favourate kawe ……………