Aku memang suka makan cili jeruk. Kalau makan makanan berkuah seperti mi sup atau mi segera kalau tidak tambah cili jeruk memang tidak sah. Kalau letak cili segar rasa dia tak sama sebab akan jadi terlampau pedas, berbeza dengan cili jeruk yang kepedasan dia sudah berkurang kerana sudah dicampur cuka disamping kemasaman cuka itu sendiri menyedapkan lagi rasa kuah. Jadi kali ini aku ingin kongsikan cara membuat cili jeruk.

Cili yang digunakan biasanya ialah cili hijau. cili padi juga boleh digunakan, aku pun pernah jeruk cili padi sebelum ini. Menurut mak aku, cili solok yang paling best untuk dijeruk.

Cili Hijau
Cili hijau yang digunakan mestilah yang segar dan isinya masih keras

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

Cili hijau
Cuka
Garam
Gula
Air

Mula-mula kena la potong cili hijau. Tak perlu hiris nipis-nipis dan jarang potong terlampau kasar. Selepas potong, bersihkan dan toskan airnya biarkan airnya kering.

Cili hijau hiris
Cili hijau yang sudah siap dipotong

Aku pernah jeruk cili menggunakan 100% cuka, tapi ianya akan membuatkan cili menjadi lembik dan terlalu masam dan tidak sedap untuk dimakan. Jadi larutan air dan cuka perlu disediakan. Campurannya aku guna nisbah cuka kepada air ialah 5:3 yang maksudnya 5 bahagian cuka dan 3 bahagian air. Senang cerita, sebagai contoh 5 cawan cuka campur dengan 3 cawan air, tapi ianya bergantung kepada jumlah cili yang ingin dijeruk. Pastikan campuran cukup untuk menenggelamkan keseluruhan cili. Masukkan dalam 1-2 sudu besar gula dan sedikit garam. Panaskan campuran ini sehingga semua bahan larut dan biarkan seketika. Selepas siap, biarkan larutan itu menyejuk.

Setelah larutan tadi benar-benar sejuk, dan cili juga sudah benar-benar kering, masukkan cili kedalam balang kaca dan tuangkan air larutan tadi. Biarkan sehari sebelum boleh makan.

Cili hijau jeruk
Cili Hijau yang sudah seminggu dijeruk, tinggal sikit sebab laju je aku makan

Selamat mencuba.

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *