Kali ini saya akan kongsikan bagaimana saya beli game Steam eFootball PES 2020 dengan harga yang murah. Kalau beli direct daripada Steam, memang mahal.
Tapi disebabkan tajuk pasal PES 2020, maka saya akan tunjukkan game tersebut sebagai contoh.
Klik pada butang “Add To Cart”Tandakan checkbox game PES 2020 dan klik pada butang “Checkout”Klik pada butang “here” untuk mendaftar akaun baru. Alternatifnya boleh terus masukkan email dan klik butang “Continue As Guest”Isikan alamat email dan kata laluan seterusnya klik butang “Create Account”Di sini anda boleh lihat pilihan kaedah pembayaran yang disediakan. Saya tidak jumpa kaedah melalui kad, jadi saya pilih Paypal
Masukkan nombor telefon dan klik butang “Send Code”Tunggu SMS pengesahan dan masukkan kod yang diberikan kemudia tekan butang “Verify”Klik butang “Place Order” dan anda akan dihantar ke website PaypalSila login ke akaun PaypalSetelah login, anda akan dapat ringkasan transaksi. Klik butang “Continue”Anda akan dihantar semula ke halaman asal, sila check inbox email anda untuk kod pengesahan. Jika tiada, check tab “promotion” (Gmail) atau folder spam. Masukkan kod dan tekan “go”Klik butang “Click To Show Your Code” untuk melihat redeem code game PES 2020Klik butang “OK” untuk menutup popup amaran iniAnda dapat lihat kod untuk tebus game PES 2020 di platform Steam
Proses pembelian kod sudah selesai. Langkah seterusnya ialah untuk tebus game PES 2020 menggunakan kod yang dipaparkan itu. Semoga artikel ini mampu memberi penjimatan kepada anda berbanding beli direct daripada Steam.