Saya akan tunjukkan cara bagaimana saya baiki smartphone YES Altitude asyik restart ataupun sangkut di boot loop.
Tapi sebelum itu, sedikit background mengenai smartphone YES Altitude model M631Y ini.
Sebelum ini saya pakai internet dari YES 4G. Ketika itu, quota bagi langganan saya dibahagikan kepada huddle dan sim card 4G.
Jadi saya beli dan gunakan smartphone YES Altitude untuk menggunakan sim card YES 4G.
Selepas saya terminate internet YES 4G, jarang-jarang saya pakai smartphone ini. Apabila saya mahu gunakannya baru-baru ini saya dapati ianya tidak boleh dihidupkan.
Silakan tonton versi video di pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=R3geHltSKts atau terus di bawah.
Masalah ini mungkin disebabkan beberapa faktor, antaranya:
- Bateri rosak
- Hardware rosak
- Software/OS rosak
Saya cuba pilihan pertama dengan menukar bateri kepada yang baru. Kalau sudah tukar bateri pun masih bermasalah, maka terpaksa hantar ke kedai untuk baiki.
Terdapat banyak pilihan yang boleh didapati, paling penting untuk pastikan bateri baru sesuai untuk model M631Y saya ini.
Saya dapati sekurang-kurangnya ada 3 pilihan bateri gantian untuk smartphone YES Altitude ini:
- Bateri M631Y warna biru
- Bateri M631Y warna hijau
- Bateri Lenovo
Selepas membuat pertimbangan, saya putuskan untuk beli bateri Lenovo.
Selepas menukar bateri, Alhamdulillah, tiada lagi masalah YES Altitude asyik restart ataupun boot loop.
Bateri Lenovo itu hanya boleh dicas kepada 80%+ sahaja, setakat dua kali saya cas.
Standby time dia juga not bad, boleh tahan dalam 4-5 hari.
Kalau sebelum ini, bateri asal memang tak tahan lama. Rasa panas je bateri bila pakai smartphone YES Altitude ini.
Ia menjadi salah satu faktor yang saya pertimbangkan untuk tidak membeli bateri yang memang khas untuk smartphone ini.