Setelah aku membuat entry untuk download pakai automated download Free Rapid Downloader (FRD),
kini aku ingin buat entry dalam kategori yang sama jugak, dan kali ni aku nak buat yang khusus untuk Mediafire.
Kalau dulunya aku kata FRD boleh download dari banyak-banyak site, tapi sejak dua menjak ni,
aku dah tak suka pakai FRD,
sebab utamanya adalah kadang-kadang bila aku pakai FRD,
kalau nak download dari Mediafire, selalu je error, padahal kalau download biasa ok jer,
aku suka Mediafire pasal hosting ni dia takde waiting time macam filehosting yang lain,
selain itu dia support parallel downloads untuk free users.
Walaupun masa aku guna FRD, nak download dari Mediafire asyik error je,
aku pakai alternatif download dari Megaupload,
Nak upload dari Megaupload ni kena masukkan captcha,
Captcha ni adalah kod imej yang kita perlu masukkan untuk verify kita ni manusia ke virus,
FRD dulunya walaupun ada fungsi captcha reader, namun selalu tak jadi,
selalunya kita tetap kena masukkan secara manual captcha ni,
tapi FRD versi baru dah fix bug ni dan download dari Megaupload fully automatic
walaupun captcha reader untuk Hotfile, Fileserve dan lain-lain masih tak jalan.
Namun setelah Malaysia block filehosting-filehosting utama termasuk la Megaupload,
FRD dah tak aku gemar lagi kerana aku ingin beralih semula kepada Mediafire,
Walaupun ada beberapa automated downloaders seumpamanya untuk Mediafire,
namun semua yang aku cuba tidak menjadi,
sebelum beralih ke software yang ni, aku try dulu Jdownloader versi terbaru,
tak best jugak la,
ianya mesra rapidshare, tapi sebab rapidshare sekarang ni dah tak popular,
banyak barang yang aku nak download takde kat rapidshare.
So, cari punya cari, aku terlintas software FESoup.
versi yang sebelumnya tak berapa aku suka kerana tak mempunyai fungsi penting sebagai fully automated downloader,
tapi versi yang baru, memang aku suka kerana fungsi-fungsi yang kurang tu dah ditambah.
Fungsi yang penting yang ditambah ialah auto download when application load.
Bila fungsi ni dah ada, app ni dah jadi fully auto downloader.
Dan ia boleh digabungkan dengan Download Manager, ia fetch link kemudian transfer kepada Download Manager untuk download speed yang laju.
Aku punya di-integrate dengan Internet Download Manager (IDM).
Bila di-integrate dgn IDM, ada bug sikit,
bug dari dua-dua apps,
bug dari IDM adalah, kadang-kadang IDM akan tanya samada nak rename ke tak fail yang sedang didownload.
Selalunya nama fail yang mempunyai jarak (space) antara setiap perkataan akan jadi masalah ni.
contohnya nama fail “apa khabar.mp3”, ada space antara “apa” dan “khabar” menyebabkan masalah tersebut.
Yang jadi bug-nya, IDM takde fungsi auto rename dan akan tanya user.
Bila ada bug dari IDM ni, akibatnya, FEsoup akan ada bug jugak,
bug-nya pula, bila IDM tanya samada untuk rename file dan walaupun dah tekan yes,
FeSoup akan tetap tunjukkan status “Downloading” biarpun file dah siap download dengan IDM,
Dan bila Fesoup tunjuk satus downloading, fail yang seterusnya tidak akan didownload (sekiranya setkan satu je fail download dlm satu masa)
Oleh itu, user perlu klik “set as downloaded” baru fail seterusnya akan didownload dan ini bukannya sifat automated downloader.
Walaupun bug ini dah lama, tapi masih belum dibaiki untuk versi baru FESoup,
tapi kalau IDM fix bug ni, bug FESoup tidak akan terhasil.