Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah satu bantuan kerajaan dengan kerjasama MyKasih Foundation. Setiap individu yang layak akan mendapat bantuan bulanan sebanyak RM50 atau RM100 bermula Januari 2024 hingga Disember 2024. Penerima manfaat boleh membeli barang keperluan asas di kedai-kedai yang mengambil bahagian dan hanya perlu menggunakan MYKAD untuk membuat pembayaran.
Dengan ada aplikasi MyKasih, mudah untuk memilih barang sebab ada barang yang boleh, ada barang yang tak boleh, walaupun dalam kategori yang sama, jenama yang sama, cuma perisa yang berbeza. Contoh saya nak beli air jus Marigold perisa jambu batu, tak boleh sedangkan untuk perisa oren boleh pulak. Contoh lain, saya nak beli mi segera perisa kari jenama Saji, tak boleh sedangkan mi segera goreng perisa asli jenama Saji boleh pulak. Jadi dengan aplikasi ni, senang nak check, check awal-awal sebelum pergi beratur untuk bayar.
Video: Semakan kelayakan MyKasih, install app MyKasih dan contoh penggunaan
Semak Kelayakan
Boleh semak di laman LHDN: Untuk penerima STR, dengan membuat semakan permohonan STR, status penerimaan SARA/MyKasih juga akan dipaparkan.
Juga boleh semak di laman MyKasih Foundation.
Semak baki
Baki terkini boleh disemak di resit pembelian terakhir anda. Atau boleh bertanya kepada cashier semasa hendak membuat pembayaran. Atau boleh semak di website MyKasih. Kalau sudah install app MyKasih boleh check baki di app.
Baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan yang seterusnya. Jika masih tidak digunakan sehingga 31 Disember 2024, baki itu akan luput.
Panduan berbelanja
Pergi ke kedai yang mengambil bahagian, boleh semak senarai kedai Program MyKasih.
Ambil barang-barang yang dimahukan macam biasa. Di sini lah bergunanya aplikasi MyKasih untuk menyemak barang-barang yang layak untuk program ini.
Biasanya akan ada kaunter khas yang disediakan untuk urusan pembayaran MyKasih. Pergi ke kaunter itu dan beratur sekiranya ramai pelanggan. Berikan MYKAD anda, cashier akan masukkan MYKAD anda ke satu alat khas yang disediakan untuk pengesahan dan semakan baki.
*Nak pakai MYKAD orang lain pun boleh, asalkan bawa MYKAD penerima tu. Contoh kalau penerima tu warga emas tak larat nak keluar rumah, tak payah la bawa dia ke kedai, waris boleh tolong belikan.
Cashier akan scan barang seperti biasa.
Selepas selesai proses pembayaran, cashier akan beri 2 resit: resit kedai dan resit MyKasih.
Ikut pengalaman saya, 1hb tiap-tiap bulan dan beberapa hari terawal setiap bulan memang kaunter MyKasih akan sesak jika hanya ada 1-2 kaunter sahaja yang dibuka. Jadi cadangan saya berbelanja lah pada tengah-tengah bulan atau hujung bulan, gerenti kaunter MyKasih tak kena beratur panjang.
Rujukan dan bacaan lanjut: https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/
Assalamualaikum,
Kenapa ya masa saya nak daftar untuk apps MyKasih saya tak dapat-dapat nombor OTP, banyak kali send tak dapat juga. Nak cakap masalah line, tak juga. Saya buat transaksi online pakai OTP okay je, dapat je. Kenapa saya punya MyKasih jadi macam ni ya? Boleh tolong tak?
Kalau tak salah saya, penerima MyKasih ialah penerima STR. Cik/Puan kena gunakan nombor yang sama semasa mendaftar akaun STR. Nombor lain tak boleh.