Saya cuba beberapa kali tebus ePenjana RM50 dari 2 eWallets yang berbeza dan setiap kali penebusan gagal. Alasan yang diberikan ialah tidak jumpa profile MySejahtera saya. Saya kongsikan kenapa penebusan ePenjana RM50 tidak berjaya.
Syarat-syarat untuk memohon ePenjana RM50 ialah:
- Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan tahunan bawah RM100,000
- Mempunyai akaun MySejahtera
ePenjana RM50 ini boleh ditebus melalui 3 eWallets berikut:
- Boost
- Grab
- Touch ‘n Go
Saya sudah ada akaun MySejahtera berdasarkan SMS pengesahan berikut:
Untuk kali pertama, saya cuba untuk tebus menerusi eWallet Grab. Saya skip Boost sebab saya baca komen-komen netizen, proses penebusan dengan Boost adalah rumit.
Percubaan pertama dengan Grab gagal. Alasan yang diberikan ialah tidak jumpa profile MySejahtera saya. Memang salah saya sebab ketika saya daftar akaun Grab dulu, saya gunakan nama ringkas tidak mengikut MyKad.
Setelah saya edit profile Grab saya dan update name mengikut MyKad, saya cuba tebus untuk kali kedua. Dan penebusan kali ini masih tidak berjaya. Alasan yang sama, tidak jumpa profile MySejahtera saya.
Saya tidak tahu apakah yang berlaku kerana saya sudah ada akaun MySejahtera.
Saya give up dengan Grab dan cuba dengan Touch ‘n Go eWallet pula.
Penebusan dengan Touch ‘n Go eWallet juga gagal. Saya hairan, apakah masalahnya.
Saya buka aplikasi MySejahtera, memang tertampang nama saya, jadi memang sah saya ada akaun MySejahtera.
Saya sedar kenapa penebusan ePenjana RM50 tidak berjaya
Rupa-rupanya saya kena tekan “Check-in” dan submit soalan yang dikemukakan di aplikasi itu. Saya fikir kalau mahu masuk ke satu-satu tempat dengan aplikasi MySejahtera barulah kena tekan “Check-in” dan submit soalan itu.
Setelah saya submit soalan yang dikemukakan dan sampai ke paparan utama. Saya cuba sekali lagi untuk tebus ePenjana RM50 di Touch ‘n Go eWallet.
Alhamdulillah. Percubaan kali ini berjaya tanpa masalah. Saya sudah gunakan untuk online shopping di Lazada.
Harap panduan ini membantu sekiranya anda juga menghadapi masalah yang sama. Saya juga sediakan panduan tebus ePenjana RM50 dengan Touch ‘n Go eWallet.