Kali ini aku akan merasai pengalaman berpuasa bulan Ramadhan di perantauan buat kali yang kedua. Kali pertama adalah ketika aku menuntut di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pada tahun 2010 dan tahun ini aku akan menjalani latihan industri di Kelana Jaya. Aku yang kini merupakan pelajar animasi semester 7 UPSI perlu menjalani latihan industri untuk melengkapkan syarat untuk graduasi nanti. Kebetulan pula setiap kali aku berpuasa di perantauan merupakan tahun yang sama piala dunia bola sepak diadakan.

Kalau tahun 2010 dulu aku hanya sempat untuk berpuasa di rumah hanya sehari iaitu sehari sebelum hari raya aidil fitri, kini aku sempat untuk berpuasa selama 11 hari di rumah iaitu 11 hari terawal Ramadhan. Aku akan bertolak ke Tanjung Malim pada hari rabu malam khamis dan akan bertolak ke Kelana Jaya pada hari jumaat nanti. Masa di matrikulasi dulu, seingat-ingat aku, aku sudah kena bertolak balik ke KMPP pada hari raya yang ketiga. Dan kini, aku tidak pasti sama ada aku akan pulang ke rumah atau tidak. Dan sekiranya aku tidak balik ke rumah, maka buat julung kalinya aku akan merasa bagaimana beraya di perantauan.

juadah iftar berbuka puasa
Gambar kenangan lauk berbuka puasa beramai-ramai ketika di KMPP 2010, yang tahun ni tak sempat nak capture gambar.

Pengalaman berpuasa di sini memang menyedihkan, hampir sama sahaja ketika berpuasa di matrik dulu, iaitu mostly tiap-tiap kali tak pernah bersahur. Kalau bersahur pun hanya dengan air kosong dan dua tiga biji buah tamar (kurma). Kalau di rumah, memang akan tetap bersahur walaupun pukul 2 pagi (kira sahur jugak ke tu?).

Bila berbuka puasa, lagilah sedih, hanya berbuka puasa di surau berdekatan dengan tempat praktikal. Ya lah, apa boleh dibuat. Maklum saja, habis waktu pejabat sudah pukul 6 petang, nak beli juadah berbuka lagi, sambil pusing-pusing mencari lauk sudah hampir masuk jam 7 malam. Kalau nak pulang ke rumah, jawabnya berbuka atas motor lah. Itu memang terbukti kerana hari pertama balik ke rumah, azan berkumandang tatkala masih atas motor. So the next days, berbuka di suarau dulu, lepas selesai solat Maghrib, baru pulang ke rumah.

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *