Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Lama juga blog ini menyepi. Kali ini saya akan buat walkthrough serba sedikit cara-cara untuk withdraw atau keluarkan duit PayPal ke akaun bank tempatan.
Langkah-langkah keluarkan duit PayPal
Mula-mula sekali log masuk ke akaun PayPal dan klik pada butang My PayPal di sebelah kanan atas jika tidak auto redirect ke My Account selepas login.
Klik pada pautan Withdraw Funds yang ada di bawah PayPal Balance.
Masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan. Sila pastikan jumlah yang dikeluarkan sekurang-kurangnya RM400 bagi mengelakkan processing fee sebanyak RM3 dikenakan.
Semak buat kali terakhir butir-butir transaksi sebelum teruskan.
Kalau baca kat bawah tu, dia tulis proses withdrawal akan ambik masa dalam 2-3 hari bekerja, tapi ikut pengalaman saya, esok dah selamat masuk dalam akaun.
Email pengesahan juga akan dihantar sebagai rujukan.
Kalau ada yang tanya, akaun PayPal yang unverified boleh withdraw duit masuk akaun bank tak? Jawapan dia, boleh. Setakat entry ini ditaip, akaun PayPal saya masih unverified, so far so good.
Kalau tak withdraw boleh pakai buat shopping ler 🙂 Tapi kalau nak shopping hampir semua merchant mahukan akaun yang verified.
(Update: Saya sudah verify akaun Paypal saya. Panduan untuk verify akaun PayPal, panduan untuk semak adakah akaun PayPal kita sudah verified)
Nak topup duit dalam akaun PayPal? Tiga cara:
1. Link kad kredit atau kad debit dan transaksi akan dicaj ke kad walaupun baki PayPal RM0.
2. Topup pakai bank RHB.
3. Earn some cash online, contohnya join website Paid Surveys etc.
Well, sudah selesai entry kali ini. Semoga bermanfaat.
[…] tambah kad kredit atau kad debit Panduan tentukan bahawa akaun Paypal anda verified atau unverified Panduan keluarkan duit dari PayPal ke akaun bank. Panduan buat duit online percuma masuk ke akaun […]
[…] Jika belum ada akaun PayPal, sila baca panduan buka akaun PayPal. Untuk panduan keluarkan duit masuk akaun bank, sila baca panduan ini. […]
[…] berkaitan: Panduan membuka akaun PayPal Panduan verify akaun Paypal Panduan keluarkan duit dari akaun PayPal ke akaun bank Panduan buat duit USD percuma masuk ke akaun […]
[…] boleh join reward site untuk kumpul duit USD dan keluarkan ke akaun PayPal untuk dibelanjakan atau dipindahkan ke akaun bank Malaysia. Dulu Clixsense adalah reward site terbaik untuk kumpul duit USD, sekarang tetap terbaik tapi sudah […]
Assalamualaikum.
Tuan withdraw ke akaun bank apa ya?
Waalaikumussalam.
Dulu saya withdraw ke akaun Maybank, sekarang ke akaun BSN.
[…] itu, entah kenapa saya dah tak boleh nak transfer duit dari akaun Paypal ke akaun Maybank saya. Duit tu saya dapat hasil saya buat duit online. Transaksi ditolak dan duit dikembalikan ke […]