Sudah agak lama aku tidak kemas kini blog ini kerana sibuk dengan tugasan universiti dan juga kejar masa untuk menyiapkan portfolio kerena semester depan aku sudah semester tujuh yang membawa maksud kena menjalani latihan industri. Mahu atau tidak, kena ada portfolio untuk diterima masuk ke dalam sesuatu syarikat, macam hendak minta kerja juga lah dalam bahasa mudahnya. Kali ini adalah tutorial berkisarkan facebook like.

Di sini aku ingin kongsikan cara untuk ‘memaksa’ pengunjung blog anda like fanpage anda. Kenapa ‘memaksa’? Jangan salah faham, bukan aku mengajar anda tektik kotor atau black hat, tapi caranya di sini ialah untuk psiko minda pengunjung anda supaya walau macam mana sekalipun, kena like juga fan page anda. Caranya tidaklah dapat dibuktikan secara saintifik kerana lain manusia lain emosi dan ragamnya. Namun tidak salah jika mencuba, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Caranya ialah, kita kena buat artikel pada blog kita itu terperinci yang boleh dan tak boleh didapati di mana-mana. Kalau boleh, biar orang yang baca blog kita itu terhangguk-hangguk seorang diri menandakan bermanfaat dan mudah difahaminya blog kita. Itu sudah semestinyalah, hendak mainkan perang psikologi kepada orang lain, tapi blog ‘kopi dan pasta’ (copy and paste) tidak akan berhasil. Itu satu, dan perlu digabungkan dengan jumlah likers fan page anda yang sedia ada. Hendak paksa orang like, fans anda yang sedia ada mesti dah tersedia ramai. Kadang-kadang orang ni, walaupun kandungan blog itu memang superb tahap dewa, tapi sebab blog baru nak naik, fans pun kurang, jadi mereka ni segan hendak like, lebih-lebih lagi kalau fans kurang dari 100.

Baiklah, terus kepada perkara asal. Bagaimana untuk dapatkan beribu-ribu like pada fanpage anda tanpa perlu promote atau spamming sana sini. Kaedahnya ialah tukar like, anda like page orang dan orang like page kita. Aku sarankan buat satu akaun Facebook yang baru untuk ini. Memanglah cara ini kelemahan dia adalah orang yang like page kita tidak minat pun dengan page kita tapi terpaksa like supaya orang lain like juga page dia. Dan yang like page kita itu entah orang betul ataupun bot. Makanya, nanti mereka ini mungkin tidak akan melawat blog anda jika kita kongsi pautan pada kemudian hari. Tapi nanti, bukankah tujuan utama kita ialah untuk hanya mengumpulkan like sahaja, tidak kira like yang sukarela atau paksarela, kerana ini hanyalah ‘trick’ untuk kita dapatkan like yang sebenar selepas ini. Malah, mana tahu kalau-kalau ada di kalangan likers yang ini akan buka blog kita nanti.

1. Pergi ke laman ini dan daftar.
2. Sahkan pendaftaran melalui pautan yang dihantar ke emel anda.
3. Anda sudah mempunyai 50 mata percuma.
4. Sila pergi ke menu ‘my sites’ dan masukkan fan page anda dengan klik pada Add Site/Page.
5. Tandakan Worldwide sekiranya mahukan fan dari seluruh dunia. Buang tanda dan pilih Malaysia jika mahu fan tempatan sahaja.
6. Masukkan tajuk yang anda mahu.
7. Untuk CPC, tetapkan sebagai 9, jika semakin rendah maka semakin kurang orang akan like page anda. 9 ini bermakna 9 mata akan ditolak dari akaun anda apabila seseorang like page anda.
8. Apabila mata sudah habis atau kurang daripada 9, orang tidak akan like lagi page anda dan anda perlu dapatkan lebih mata dengan like fan page orang lain.
9. Klik pada Facebook Likes dan klik pada butang like berwarna hijau.

AddMeFast
Klik butang hijau ni

Satu tetingkap akan dipaparkan. Tunggu sehingga ia siap loading kemudian baru klik like.
Sudah boleh tutup tetingkap itu dan anda akan lihat mata telah ditambah ke akaun anda.

Selain daripada like fanpage orang lain untuk dapatkan mata, terdapat pelbagai cara lain untuk dapatkan mata percuma. Salah satu cara yang aku suka adalah melalui YouTube view. Tonton video untuk 30 saat dan mata akan dikreditkan kepada akaun anda. Apabila anda klik view video, pop-up video YouTube akan keluar dan akan auto close dalam masa 30 saat, kalau internet slow dan video tersekat-sekat, timer tetap akan berjalan dan video akan tertutup walaupun belum dimainkan untuk 30 saat. Selepas video siap dimainkan anda perlu klik pada dua keping gambar, gambar tersebut telah diputar secara rawak dan anda perlu rotate gambar-gambar tersebut kepada orientation yang sepatutnya dan klik pada submit.

Jadi, itulah caranya untuk dapatkan like dengan cara pantas. Ada bonus 150 mata kepada anda setiap hari, anda perlu like atau follow atau tonton video secara kumulatif sebanyak 20 dan boleh pergi ke menu daily bonus untuk claim mata bonus anda.

Secara mudahnya, lepas sudah daftar, anda like page orang, orang like page anda. Kalau target hendak seribu like, maka seribu page lah anda kena like. Kalau tidak salah Facebook ada limit jumlah page yang anda boleh like dalam satu masa, jadi sila hati-hati.

Update: Sila baca versi terbaru untuk penerangan lebih lanjut dan kaedah yang efisyen dan disarankan untuk memperoleh mata.

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

0 thoughts on “Cara Pantas Tingkatkan Facebook Like Fanpage Anda”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *