Pernahkah situasi ini berlaku kepada anda? – Sedang anda rakam skrin komputer anda dengan OBS, tiba-tiba blackout dan hasil rakaman anda yang berjam-jam jadi corrupted. Filesize video itu bergig-gig tapi bila buka, lansung tak boleh main.
Jangan khuatir, biasanya kalau kes yang macam ini video itu masih boleh dibaiki dengan satu software percuma dipanggil Untunc.
Apa yang anda perlukan ialah:
- Aplikasi Untrunc – download di sini, percuma dan portable. Pilih versi 32-bit atau 64-bit, kalau guna Windows 11, memang akan pakai 64-bit, kalau tak pasti, download saja versi 32-bit
- File video rosak yang ingin dibaiki
- File video rujukan
Fail video rujukan – Jika file video yang rosak datang daripada rakaman OBS yang terhenti secara mengejut, anda perlu rakam satu video dummy dengan OBS sekali lagi dengan menggunakan setting yang sama, maksudnya resolution yang sama, framerate yang sama, codec yang sama dan lain-lain, dengan kata lain, sebaik sahaja berlakunya kerosakan video, jangan tukar apa-apa setting di OBS, terus buat satu rakaman dummy sebagai video rujukan.
Cara untuk baiki video
- Buka aplikasi untrunc-gui.exe
- Tekan butang reference file untuk setkan video rujukan
- Tekan butang truncated file untuk setkan video yang rosak
- Tekan butang Repair untuk mulakan proses
Video yang telah dibaiki akan masuk ke folder sama dengan video rosak. INSHAALLAH video tersebut boleh digunakan semula.
Semoga panduan ini dapat membantu anda mengelak dari terpaksa rakam semula video dari kosong.