Kepada peminat-peminat anime dan tokusatsu diluar sana, di sini saya senaraikan laman-laman yang anda boleh tonton secara percuma dan sah. Daripada senarai ini ada yang perlukan pendaftaran akaun percuma dan ada yang langsung tak perlukan akaun.

YouTube – BEYBLADE Malaysia – Official Channel. Kepada para peminat Beyblade, anda boleh tonton anime Beyblade secara percuma di sini. Tak perlu cipta akaun, tak perlu login, boleh tonton terus. Malangnya tiada pilihan audio Bahasa Jepun, hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sahaja. Anda akan jumpa banyak lagi saluran-saluran rasmi Beyblade untuk negara lain di YouTube, malangnya anda perlukan VPN untuk akses kepada video-video yang tersedia di saluran-saluran negara lain.

YouTube – Ultraman Saluran YouTube Rasmi Bahasa Melayu. Kepada para peminat siri tokusatsu Ultraman pula. Saluran YouTube ini khas untuk anda. Malangnya hanya terdapat dalam audio Bahasa Melayu sahaja. Tapi jangan khuatir kerana versi audio Bahasa Jepun boleh ditonton di ウルトラマン公式 ULTRAMAN OFFICIAL by TSUBURAYA PROD.

YouTube – Muse. Tonton pelbagai anime dalam audio asli Bahasa Jepun di saluran Muse Malaysia untuk sarikata Bahasa Melayu dan saluran Muse Asia untuk sarikata Bahasa Inggeris.

Bilibili. Pelbagai pilihan anime boleh ditonton di sini. Boleh ditonton dalam audio Bahasa Jepun dan pelbagai pilihan sarikata termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pendaftaran akaun percuma diperlukan untuk menonton. Akaun percuma hanya boleh menonton versi definisi standard sahaja. Untuk tontonan dalam definisi tinggi HD, akaun premium diperlukan. Anime yang dimuat naik secara rasmi adalah berlesen manakala video yang dimuat naik oleh pengguna tidak dapat dipastikan.

iQIYI. Pelbagai pilihan anime boleh ditonton di sini. Boleh ditonton dalam audio Bahasa Jepun dan pelbagai pilihan sarikata termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tidak perlu mendaftar akaun untuk menonton. Walau bagaimana pun, sesetengah kandungan perlukan akaun berbayar untuk ditonton, jika ditonton tanpa akaun atau dengan akaun percuma, hanya beberapa minit awal sahaja akan dipaparkan. Versi percuma boleh ditonton sehingga 720p sahaja.

Viu. Pelbagai pilihan anime boleh ditonton di sini. Boleh ditonton dalam audio Bahasa Jepun dan pelbagai pilihan sarikata termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tidak perlu mendaftar akaun untuk menonton. Walaupun tanpa akaun, anda masih boleh menonton dalam definisi tinggi penuh (Full HD).

Crunchyroll. Pelbagai pilihan anime boleh ditonton di sini. Boleh ditonton dalam audio Bahasa Jepun dan pelbagai pilihan sarikata termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pilihan audio Bahasa Inggeris juga tersedia namun untuk akaun berbayar sahaja. Tidak perlu mendaftar akaun untuk menonton. Walaupun tanpa akaun, anda masih boleh menonton dalam definisi tinggi penuh (Full HD).

WeTV. Pelbagai pilihan anime boleh ditonton di sini. Boleh ditonton dalam audio Bahasa Jepun dan pelbagai pilihan sarikata termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tidak perlu mendaftar akaun untuk menonton. Versi percuma boleh ditonton sehingga 720p sahaja.

iFlix. Yang ini pun WeTV juga.

WeTV iFlix
Screenshot website iFlix – antara beberapa judul anime yang ada

Semoga bermanfaat. Kalau anda tahu website atau app lain yang best yang tak tersenarai di sini, tolong tinggalkan komen ya, nanti saya akan tambah. Lagi banyak pilihan lagi bagus.

Oh ya… Anda pasti tahu, kalau benda yang ada copyrights macam ni, kandungan akan dibuang daripada platform selepas kontrak/pelesenan tamat. Mungkin sesuatu anime itu akan terus lenyap dari mana-mana platform jika anime yang anda minat itu kurang popular.

Jadi penyelesaian yang paling efisyen ialah anda kena collect anime yang anda betul-betul minat secara fizikal, anda kena collect DVD atau Bluray. Kat mana nak cari? Kalau nak cari di kedai fizikal mungkin susah juga. Paling senang tentulah di Shopee, boleh cari, bandingkan harga, dan terus beli. Kalau nak beli yang secondhand anda boleh try Carousell.

By Sanazi

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

One thought on “Tonton Anime dan Tokusatsu Secara Percuma Di Laman-Laman Ini”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *