• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Catatan Harian / Watch My Kitchen Rules Siri 4

Watch My Kitchen Rules Siri 4

25/09/2013 by Toji Ali Leave a Comment

Lets watch My Kitchen Rules siri 4.
Sebab aku ni memang suka memasak.
Walaupun aku ni lelaki.
Dapur rumah aku memang selalu bersepah la jugak.
Ada jer benda yang aku nak buat
Walaupun hasilnya memang worthless for time dan gas serta ingredients yang dihabiskan.

Tentu ada yang sudah tahu tentang rancangan realiti masakan My Kitchen Rules.
Khususnya kaum hawa la kan.
Aku memang follow siri ini disebabkan oleh minatku untuk memasak.
My Kitchen Rules yang aku maksudkan ialah siri 4 punya.
Diva Universal sedang tayangkan rancangan ini walaupun siri ini yang asalnya disiarkan di rangkaian Channel 7 di Australia sudah lama tamat.
Diva Universal ialah macam rancangan yang didedikasikan untuk kaum hawa.
Dah nama pun Diva kan.
Satu lagi channel untuk kaum hawa ialah Lifetime Channel.
Walaupun mostly rancangan untuk kaum hawa tapi ada jugak yang sesuai untuk kedua-dua gender.
Dulu aku follow rancangan The Biggest Loser Asia yang mana channel ni masih lagi dinamakan Hallmark Channel.

Pete and Manu of My Kitchen Rules
Pete dan Many adalah juri tetap My Kitchen Rules

Back to the topic, aku tertengok rancangan ni secara tidak sengaja.
Time itu tengah nak tunggu waktu azan untuk berbuka puasa.
‘Belek’ punya ‘belek’ channel terbukak citer ini dan terus tertarik.
Sebelum datang balik UPSI aku rasa rugi kalau miss rancangan ini.
BTW, aku sudah bukak Wikipedia nak tahu serba sedikit pasal rancangan ni.
Masa tu aku ingatkan yang disiarkan kat Diva Universal tu yang ‘first and exclusive’ punya,
rupa-rupanya sudah tamat. Aku tertengok jugak saper yang juara dan naib juara.
Tapi cepat-cepat aku tutup sebab aku nak habiskan rancangan ni jugak tanpa spoil.
Lepas datang UPSI, episod yang aku miss adalah starting episod 31.
Try jugak search kat Youtube tapi tak jumpa.
Cari punya cari, jumpa la link torrent dan link untuk watch online.
Sekarang ni pun still stuck kat episod 35 sebab episod 35 masih on progress download.
Cis.. tak guna punya torrent yang slow. Nak laju terpaksa pergi awal pagi menyedut kat library.
Hehe tumpang sedut ya wifi library.
Masa cari siri ni kat Youtube baru aku perasan yang lagu tema versi Channel 7 dan versi Diva Universal ni tak sama.
Versi Channel 7 adalah ‘Best Night‘ nyanyian Justice Crew.
Versi Diva Universal tu tak tahu tajuk apa tapi memang best lagu tu.
puas aku cari tapi tak jumpa-jumpa jugak.
Serba sedikit lirik lagu tu yang aku ingat ialah:
This is the night,
I’m standing on my feet,
This is the night ooo
I’ll make it on/all my own.
Kalau ada orang tahu lagu ni, tolong la share.
I need it so badly.

Juri-juri tetap My Kitchen Rules:
Manu Feildel (hos, juri tetap di Instant Restaurants dan Kitchen Headquarter)
Pete Evans (hos, juri tetap di Instant Restaurants dan Kitchen Headquarter)
Colin Fassnidge (juri tetap di Kitchen Headquarter, selalu conduct ‘food truck challenge’ dan pertandingan melibatkan jualan)
Karen Martini (juri jemputan di Kitchen Headquarter)
Guy Grossi (juri jemputan di Kitchen Headquarter)
Liz Egan (juri jemputan di Kitchen Headquarter)

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Catatan Harian Tagged With: my kitchen rules

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Devotees - Info | Full Album | Lagu
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Pengalaman Menggunakan Hotlink Fast Pantai Timur

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in