Hai. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke blog saya.
Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan cara saya transfer domain name MYNIC iaitu domain name .my ke registrar yang lain. Proses ini lebih dikenali sebagai “change invoicing party.” Artikel ini ialah rentetan daripada artikel ini.
Kepada anda yang mahu transfer domain name .my atau yang baru nak daftar, saya sarankan pilih registrar yang tersenarai di halaman ini sahaja. Kalau yang tak tersenarai tu, sama ada mereka masih baru atau reseller kepada salah satu daripada registrar yang ada di sini. Dengan kata lain, mereka ialah orang tengah.
Saya tak sarankan daftar dengan orang tengah untuk elakkan masalah. Sebab saya sendiri sudah terkena, kalau nak tahu masalah yang saya alami, boleh baca di sini.
Harga untuk pendaftaran baru atau renewal atau transfer bermula dari RM80 hingga RM120. Saya sudah check, antara registrar yang offer harga RM80 ialah Zenpipe, manakala Spanlogic menawarkan domain name .my dengan harga RM85.
Setelah membuat pertimbangan yang sewajarnya, saya decide untuk pilih iwhost, walaupun harga yang mereka tawarkan ialah RM90. Tapi masih dikira murah kalau nak dibandingkan dengan yang RM100 atau RM120.
Registrar semasa saya ialah Qinetics. Tapi saya tak deal terus dengan Qinetics, saya deal dengan orang tengah. Saya nak transfer sebab saya dah tak nak deal dengan orang tengah sebab kesulitan yang saya alami sepanjang bersama mereka.
Cara untuk transfer mungkin berbeza-beza bergantung pada registrar. Mengikut pembacaan saya,
- yang pertama, saya perlu tukar invoicing party kepada registar yang baru
- dan saya perlu lantik registrar yang baru sebagai billing contact dan technical contact.
Apa-apa pun saya akan mulakan prosesnya.
Panduan Video
Jika mahu tonton panduan video, sila tonton di bawah atau langsung di halaman Youtube.
Di sini saya mohon jasa baik anda untuk subscribe channel Youtube saya. Bantu saya naikkan channel saya dengan subscribe. Subcribe itu percuma / free / gratis!
Dalam artikel ini saya akan transfer domain name “sanazi.my.”
Mula-mula saya login ke website selfcare.ichoose.my/login. Klik butang “Manage” untuk domain name sanazi.my.
Klik tab “Change Registar.” Cari dan pilih “SKSA Technology Sdn Bhd” daripada dropdown Registar.
Klik butang “Change” dan butang “Yes” untuk sahkan.
Saya akan cipta akaun baru di website iwhost.com.
Tick checkbox “I’m not a robot” serta checkbox “I have read and agree to the Terms of Service” dan klik butang “Register.”
Saya akan kembali ke iwhost.com untuk mulakan proses transfer.
Klik menu “Domain” dan submenu “Domain Transfer.”
Masukkan “sanazi.my” ke dalam kotak “Domain Name.” Untuk “Epp Code” atau “Authorization Code” biarkan kosong. Kalau untuk transfer domain .com atau .net dan sebagainya, memang perlu kod ini, boleh baca di sini untuk panduan dapatkan kod tersebut. Seterusnya klik butang “Add To Cart”
Untuk Step 2, isikan nombor MYKAD di kotak Company / Organization / IC Number.
Isikan nama penuh di kotak Company / Organization / Registrant Name.
Saya akan ganti nameservers default yang ada dengan nameservers yang saya gunakan sekarang. Nameserver 3 hingga 5 biarkan kosong sebab saya tak pakai pun. Klik butang “Continue”
Harga yang saya perlu bayar ialah RM95.40, iaitu RM90 tambah 6% tax, RM5.40.
Saya apply promo code yang saya dapat dari website mereka. Tapi tak valid untuk domain name.
Klik butang “Checkout”
Pilihan kaedah bayaran yang ada ialah:
- Toyyibpay
- Billplz
- Paypal
- Manual Bank Transfer
Billplz dan Paypal ada caj untuk gunakan mereka, manakala Toyyibpay dan Manual Bank transfer tiada caj.
Saya akan gunakan Toyyibpay.
Tandakan checkbox “I have read and agree to the Terms of Service” dan klik butang “Complete Order.”
Saya pilih Maybank dan klik butang “Proceed to Pay.”
Saya dihantar ke website Maybank2U, saya login dan proceed dengan proses pengesahan transaksi.
Sekarang pembayaran sudah complete! Klik “return to merchant’s page.”
Order sudah disahkan. Klik “Continue to Client Area.”
Klik menu “Domains.” Domain name saya sudah disenaikan di iwhost.com tapi masih dalam status “Pending Transfer.”
Saya transfer hari Sabtu, hari Isnin wakil iwhost.com contact saya melalui email. Saya berikan maklumat yang mereka perlukan.
Lepas saya balik kerja, domain name saya sudah aktif. Saya dapati mereka gunakan akaun saya untuk lantik diri mereka sebagai billing contact dan technical contact seperti yang saya sudah nyatakan sebelum ini.
Status domain name saya di client area iwhost.com ialah aktif, tapi ada masalah sikit. Expiry date domain name saya tidak bertambah setahun lagi, masih tahun 2024. Sepatutnya akan bertambah setahun lagi ke tahun 2025. Saya adukan ke iwhost.
Hari Selasa, domain name saya sudah extend ke tahun 2025.
Terbaik iwhost!
Tapi “Next Due Date” di iwhost.com masih tahun 2024. Tak apa, bila hampir sampai tarikh itu nanti baru saya akan deal dengannya. Yang penting, tarikh luput domain name saya bertambah seperti yang sepatutnya.
Jadi, proses MYNIC domain name transfer sudah pun selesai dan artikel ini sudah sampai ke penghujungnya.
Saya ucapkan terima kasih kepada anda yang membaca sampai tamat.
Sekali lagi saya mohon jasa baik anda untuk subscribe channel Youtube saya. Bantu naikkan channel saya dengan subscribe. Subscribe itu free je korang!
Terima kasih dan jumpa lagi. Assalamualaikum!
[…] 7 Oktober 2023: Saya transfer domain name saya ke iwhost.com. Panduan transfer domain name .my ke registrar lain. […]
Good luck 🙂
[…] .MY ini ke registrar yang lain selepas tidak berpuas hati dengan registrar yang lama. Saya telah transfer domain name .MY saya ini ke iwhost.com. Saya putuskan untuk berhijrah ke iwhost.com kerana harga yang ditawarkan ialah RM90 setahun, agak […]