Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya sekalian. Hari ini saya akan kongsikan artikel mengenai sebuah peranti 4G router keluaran syarikat yang tidak asing buat rakyat Malaysia iaitu TP-Link. Modelnya ialah TP-Link TL-MR100. Saya beli di Shopee dengan harga RM184.
4G router ialah sebuah peranti yang mana ia boleh dipasangkan sim card telefon padanya dan ia akan bekalkan sambungan internet rangkaian 4G secara Wi-Fi sama konsep seperti tethering atau mobile hotspot sharing pada smartphone kita.
Saya beli 4G router ini untuk menggantikan 4G router saya yang lama iaitu TP-Link TL-MR6400 yang sudah rosak. Setelah 5-6 tahun ia berkhidmat untuk saya, akhirnya sekarang ia sudah sangkut pada boot loop bila dihidupkan dan perlu dibaiki atau digantikan.
Buat sementara waktu sebelum saya beli 4G router yang baru ini, saya terpaksa bergantung harap pada Tenda 4G185 setelah bertahun-tahun diabaikan.
Saya akan pasangkan 4G router ini dengan sim card unifi Air yang saya sedang langgan sekarang.
Unboxing, setup dan test versi video
Jangan lupa subcribe channel Youtube saya. Guys, subscribe itu percuma/free/gratis!
Jika mahu baca versi bertaip, teruskan membaca.
Unboxing
Anda tidak dapat lihat pada gambar pertama kerana silau. Pada gambar kedua di atas, anda boleh lihat ada beberapa lampu indikator yang dapat dilihat walaupun peranti ini masih belum dihidupkan. Indikator ini akan menyala apabilanya dihidupkan.
Indikator yang ada ialah power, rangkaian telefon, Wi-Fi, sambungan ethernet cable dan 3 bar kekuatan network.
Sambungan yang ada di bahagian belakang alat ini. Dibandingkan terus dengan model TL-MR6400 versi 2016.
Kedua-dua model ada 2 sambungan untuk dipasang antena, ada lubang untuk power cable dan butang untuk WPS/RESET.
TL-MR6400 model 2016 ada butang fizikal untuk on/off manakala TL-MR100 tidak ada. Saya sudah check, untuk model terbaru TL-MR6400 juga tidak ada butang on/off ini.
TL-MR100 hanya ada 2 LAN port manakala TL-MR6400 ada 4. TL-MR6400 ada butang untuk WIFI ON/OFF manakala TL-MR100 tidak ada.
TL-MR100 menggunakan sim card slot bersaiz nano berbanding saiz mini untuk TL-MR6400. Saya sudah check, TL-MR6400 model terbaru juga menggunakan sim card saiz nano.
Antena telah dipasang, power cable juga telah disambungkan, sim card unifi Air juga telah saya masukkan. Port LAN1 saya sambungkan ke network switch TP-Link TL-SG1005D menggunakan ethernet cable jenama uGreen, cable yang dibekalkan saya tidak pakai, dari network switch itu saya sambungkan ke ethernet port PC saya.
Untuk hidupkannya, sambungkan sahaja power adapter ke soket elektrik dan alat ini akan hidup secara auto kerana tiada butang on/off.
Untuk test kelajuan streaming (1080p, 1440p/2k dan 2160p/4k) boleh check dalam video yang saya sertakan di awal artikel.
Untuk setup Wi-Fi peranti ini, pergi ke tplinkmodem.net (tak menjadi untuk saya) atau http://192.168.1.1/
Kali pertama ke sana, saya perlu masukkan password baru.
Proses untuk setup adalah mudah dan self explanatory.
Boleh tonton video yang saya sertakan untuk lihat proses setup secara penuh.
Setelah seminggu menggunakan 4G router ini, saya berpuas hati kerana semuanya berjalan lancar, proses pemasangan dan setup yang mudah dan pengalaman berinternet tidak berbeza dengan TL-MR6400 sebelum ini.
TL-MR100 adalah alternatif yang lebih murah dan compact untuk model TL-MR6400. Saya boleh syorkan anda untuk beli MR100 berbanding MR6400. Kelemahan yang saya nampak pada MR100 hanya kerana ia ada 2 LAN port berbanding 4 yang MR6400 ada. Kalau saya, saya perlukan 1 sahaja sebab saya akan connect ke network switch terlebih dahulu, dari network switch barulah saya sambungkan ke PC, NAS, Astro dan lain-lain peranti yang saya ada.
Kalau anda prefer MR6400, harganya mahal dalam RM50 sahaja. Dua-dua model adalah bagus, buatlah pilihan yang terbaik untuk situasi anda.
MODEL | HARGA* | BELI ONLINE |
TL-MR100 | RM184.00 | Beli di Shopee |
TL-MR6400 | RM224.00 | Beli di Shopee |
Terima kasih kerana sudi baca sampai ke akhir artikel ini. Jumpa lagi di lain artikel.