Assalamualaikum. Apa khabar semua? Sudah daftar sebagai penerima vaksin atau belum?
Saya sudah daftar dari bulan 3 tapi sekarang sudah Ogos masih krik krik krik lagi.
Kecoh di media sosial kononnya yang daftar lambat dapat dulu, yang daftar awal terus tenggelam ke dasar.
Saya penat semak tiap-tiap hari, kemaskini pendaftaran dari semasa ke semasa, sampai hampir give up vaksin. Ada yang kemaskini tiap-tiap hari. Ada juga yang daftar balik di laman web vaksinasi. Ada yang kongsi tips & trick tapi takde kesan apa pun.
Akhirnya, 6 Ogos 2021, di hari Jumaat, penghulu segala hari, saya dapat tarikh untuk vaksinasi. Yahoo!!! Yabedabedu!!! Alhamdulillah! Thank God!
Vaksin ini dan doa sebagai ikhtiar untuk lindungi diri daripada virus C0VID-19, selebihnya serahkan kepada Allah SWT untuk jaga kita.
[…] cengkerik sahaja, sehinggalah saya dapat tarikh untuk dos pertama pada bulan Ogos. Boleh baca entry temujanji vaksinasi saya untuk maklumat lebih […]