Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Baru-baru ini saya beli sebuah headphone bajet jenama Sony dari Sony Official Store di Shopee dengan harga RM48. Headphone itu ialah model MDR-ZX110.

Saya beli headphone ini untuk kegunaan pada desktop computer saya, bukan untuk smartphone. Sebenarnya agak lama juga saya tidak menggunakan headphone pada komputer, selalunya saya akan gunakan speaker. Speaker yang saya gunakan sekarang ialah Logitech Z120.

Unboxing Video

Unboxing video di Youtube

Jangan lupa subscribe channel saya di Youtube. Help me grow my channel by subscribing. Guys subscribe itu percuma je! Percuma/free/gratis!

Kalau memilih untuk baca versi bertaip, boleh teruskan skrol ke bawah.

Unboxing

Poskad dari Sony Official Store
Kotak bungkusan
Panduan pengguna
Earcups boleh dilipat dan senang dibawa
Earcups boleh dilipat
Setelah betulkan earcups, headphone ini sedia untuk digunakan
Boleh dilaraskan untuk ketatkan atau longgarkan grip
Ada label L untuk kiri dan R untuk kanan
Audio connector berbentuk L

Kebaikan / Pros

Harga yang murah – Dengan harga RM48, boleh dapat headphone yang original dari Sony, memang berbaloi.

Headcups boleh lipat – Dengan headcups yang boleh dilipat, saiz headphone ini boleh dikecilkan dan senang untuk dimasukkan ke dalam beng galas.

Headcups boleh laras – Headcups boleh dilaraskan naik dan turun maka ia boleh diselaraskan mengikut keselesaan pemakainya.

Ada label kiri dan kanan pada setiap headcup – Dengan ini pengguna tidak akan tersilap pakai.

Kekurangan / Cons

Bunyi agak perlahan – Pertama kali saya pasang video dan tonton melalui headphone ini, bunyi yang keluar agak perlahan sedangkan saya sudah set volume melebihi 90%. Saya perlukan masa untuk menyesuaikan diri kepada bunyi headphone ini yang perlahan, sebab dah biasa dengan audio dari speaker yang kuat.

Kabel agak pendek – Kabel sepanjang 1.2 meter sahaja. Saya rasa tidak selesa dengan kepanjangannya, sering kali kabel tegang dan tertarik sedangkan jarak antara komputer dan saya tidaklah jauh sangat.

Earcups kecil – Earcups yang kecil membuatkan ianya akan menekan cuping telinga dan dengan penggunaan yang lama akan membuatkan telinga terasa sakit dan tidak selesa.

Tiada microphone – Model ini tidak ada microphone. Jadi untuk kegunaan PC macam saya, saya perlu beli microphone secara berasingan. Untuk model ZX110AP, ada fungsi microphone dan boleh didapati dengan harga RM78.

Lebih kepada untuk kegunaan smartphone – Pada pandangan saya, kabelnya yang bukan setakat pendek, malah agak halus seolah-olah direka untuk kegunaan pada smartphone sahaja. Malah model ZX110AP yang didatangkan sekali dengan microphone, audio connector menggunakan jenis TRRS iaitu sambungan speaker dan microphone digabungkan dalam satu kabel sahaja, berbanding jenis TRS iaitu kabel berpecah dua, satu untuk speaker dan satu lagi untuk microphone. Jadi untuk sambung ke PC, perlukan kabel adapter.

Tiada pengawal volume di headphone – Tiada pengawal volume tersedia di headphone yang membolehkan saya menurunkan dan menaikkan volume bagi memudahkan saya menyesuaikan mengikut kelantangan muzik/video yang berbeza-beza. Saya perlu kawal terus di panel kawalan komputer saya.

Untuk harga RM48, berbaloi jugaklah beli walaupun tiada microphone kerana ianya berjenama dari Sony. Dengan harga yang sama memang boleh dapat headphone yang disertakan microphone tapi jenama yang biasa-biasa je lah.

ModelBeli Online
MDR-ZX110
Tanpa microphone – RM48
Beli di Shopee
MDR-ZX110AP
Dengan microphone – RM78
Beli di Shopee

Terima kasih kerana baca review saya sampai habis. Jumpa lagi di lain waktu.

By Sanazi

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *