Ini adalah resepi sos pencicah makanan laut. Sos asam ni aku cipta khas untuk dijadikan sebagai sos pencicah utk seafood dan isi daging seperti
Perut lembu rebus
Daging
Ikan, ayam, udang, sotong panggang tawar
Kerang
Makanan laut yang lain
Apa sahaja yang sesuai
Dan benda yang aku paling suka untuk dicicah dengan sos ini adalah perut lembu rebus dan sejenis ikan yang dipanggang. Tak tahu apa nama ikan tu dalam bahasa formal, tapi aku panggil “ike ttuko” je. Ia lebih kurang ikan pari je.
Ramuan dan rempah-ratusnya
Pes asam jawa
Sedikit jus limau nipis
Cili
Bawang merah
Optional daun ketumbar dan daun bawang
Cara-cara menyediakannya
1. Masukkan pes asam jawa ke dalam piring. Baik gunakan asam jawa ekstra Adabi, sebab dah seedless, senang sikit. Kalau guna yang berbiji, asingkan bijinya
2. Sebab pes asam jawa ni pekat, cairkannya dengan jus limau nipis. Nak ganti dengan cuka pun boleh. Memandangkan asam jawa sendiri dah masam, anda juga boleh gunakan air masak untuk gantikan jus limau atau cuka. Aku tak kisah guna limau sebab aku memang suka masam.
3. Kalau nak seimbangkan rasa masam, boleh masukkan sedikit gula atau kicap manis.
4. Hiris halus bawang dan cili kemudian masukkan ke dalam adunan. Tips untuk rasa pedas yang lebih menyengat; tumbuk sampai lumat cili menggunakan lesung (kampung syle), kalau takde lesung, pakai blender pun boleh la.
5. Boleh tambah daun ketumbar dan daun bawang kalau mahu.
6. Sedia untuk dicuba.
“Mula berjinak-jinak dengan dapur sejak kecik..
Angan-angan nak jadi jadi masterchef, belah la… tiap kali testing resepi mesti lingkup..
Bercadang untuk cipta resepi aku sendiri untuk amaze-kan orang yang mencubanya..
Bimbang kalau-kalau resepi aku menyebabkan food poisoning, aku simpan je niat aku..
Sebab aku orang kampung sejati, fikiran pun still kekampungan, mana mungkin boleh cipta resepi yang out of universe..
Tapi dengan usaha yang berterusan, mungkin anganan aku akan terkota….”
-TOJI ALI
[…] Tu lah dia serba sedikit mengenai budu. Jangan lupa mencuba ya. Kalau nak tengok video cara-cara makan mi segera dengan budu, klik sini. Kalau nak resepi sos pencicah makanan laut, klik yang itu. […]