Rayuan amende nih?? Tengok tajuk pun dah pening.. tak taw apa ke benda nya.. Kepala aku sendiri pun pening bila fikir benda ni.. Sebenarnya aku terpaksa menukar kursus yang aku dapat di universiti. Aku dapat kursus Open Market di UPSI, tetapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan dan tak boleh diceritakan kerana terlalu personal matter, aku terpaksa membuat rayuan untuk menukar kursus. Aku tahu bunyinya macam mustahil je, tetapi setelah memberku memberitahu yang ada orang berjaya setelah pergi sendiri di pejabat UPU di Putrajaya, aku mula menaruh hati yang tinggi untuk berjaya dengan rayuan ini. Aku begitu tension kerana hanya aku sorang je di kalangan member-member aku yang dapat kat upsi, walaupun ada member aku sorang kat upsi tetapi dia tu senior, tak nak la aku, aku at least nak jugak ada member yang sama sesi dgn aku, senang sikit kalau ada apa-apa. Lagi bengang aku apabila dapat tahu ramai member aku dapat kursus di UMP Pekan. Tapi ni bukan sebab aku nak buat rayuan, ok. Aku buat keputusan nak tukar kursus sebelum ni lagi.. Tapi bila aku dapat khabar dari member-member kepada salah seorang member aku dilelong ke Sabah Sarawak, aku jadi takut kalau-kalau aku pun akan ditempatkan ke sana juga. Mana tak kena lelong, budak-budak Sains Hayat ni mintak semua kursus yang kaitan dengan Medik, mana tak kena lelong. Walaupun pointer sorang-sorang rapat ke four-flat, tapi kursus ni susah sikit la nak dapat. Kadang-kadang yang 4.0 pun, tak dapat kursus medik yang dihajati..
Aku bersyukur kerana dapat kursus pilihan pertama aku, walaupun terpaksa tukar. USM pun aku dapat kursus pilihan pertama aku, walaupun aku tak dapat masuk USM kerana pointer aku yang tak seberapa.. namun still aku dapat temuduga yang itu..
So aku harap-harap rayuan akan sukses.
Korang pun tolong la doakan jugak yer..
Ya Allah, tolonglah aku supaya dapat masuk UMP juga…
Amin.