Pendrive aku hilang lagi. Ini sangat mengecewakan aku kerana mungkin ada barang-barang penting di dalam pendrive tersebut seperti assignment dan lain-lain. Mahu atau tidak, terpaksalah aku beli pendrive baru. Ini adalah pendrive yang ketiga yang aku beli.
Aku masih ingat suatu ketika dahulu, semasa form 3 kalau tak salah, aku pertama kali beli pendrive semata-mata mahu memuatkan lagu-lagu pirate yang aku download dari cyber cafe. Disebabkan saiz fail muzik tidaklah sebesar video, maka aku mencari-cari pendrive yang berkapasiti rendah sahaja. Aku jumpa yang saiz 512MB sahaja yang paling kecil, aku bertanyakan adakah ada yang saiz 256MB untuk dapatkan harga yang lebih rendah, tetapi malangnya tidak ada. Disebabkan harga yang berkapasiti 512MB dan 1GB tidak jauh berbeza, aku ambil lah yang 1GB punya supaya tidak membazir. Harganya ketika itu, back in 2007 lebih dari RM60 kalau tidak salah.
Kemudian, disebabkan aku sudah mula mendownload movie-movie pirate dari internet, jadi aku memerlukan kapasiti yang lebih besar. Pada tahun 2008 aku beli yang saiz 8GB pula. Harganya exactly RM60. Masa ini pendrive 1GB aku masih ada dan aku guna sebagai backup sahaja. Tetapi tidak lama kemudian pendrive itu hilang entah ke mana.
Dan sekarang pendrive 8GB itu pula hilang. Terpaksalah aku beli yang baru. Aku pergi ke kedai BHL dan melihat senarai harga. Agak murah juga, tapi disebabkan tidak cukup duit, aku beli sahaja yang jenama KingMax 16GB berharga RM28. Kalau Kingston punya agak mahal sikit. Pendrive aku yang sebelum-sebelum ini dua-dua jenama Kingston.
Tapi KingMax pun OK juga barangkali. Kalau hendak dibandingkan dengan harga dahulu dan sekarang jauh berbeza. Dahulunya RM60 hanya boleh beli yang berkapasiti 1GB, tapi sekarang sudah cukup untuk beli yang berkapasiti 32GB. Dan aku rasa sudah tidak wujud lagi pendrive yang bawah dari 4GB. Jadi kalau kamu semua rasa semua barang semakin hari semakin naik, tapi sekurang-kurangnya ada benda yang semakin lama semakin murah.
pendrive aku hilang report polis macam deje di perlis
benda ringan orang mudah capai
apa polis perlis bodo