Megi oh Megi,
Kenapa engkau sungguh sedap?
Kalau kau tiada, bisa merana.
Bila dah pekena licin sampai menjilat mangkuk.
Megi oh Megi,
Kau membuat hatiku tersentap,
Kerana sekarang mahai sungguh harganya.

Megi oh Megi,
Masih teringatkah dikau?
Dulu engkau cuma enam posen sebungkus,
Tapi sekarang perisa kari pun at least singgit.
Megi oh Megi,
Sungguh menjadi kegemaran para pelajar U,
Kalau dikau ndak ada, kompem depa bungkus,
Megi punya pasai, biaq pi la habis duit.

Megi memang jadi faveret bebudak U,
especially tengah-tengah malam buat parti megi..
Kalau korang sebaya aku la kan, dalam age 20-an,
mesti korang teringat suatu saat dahulu
Mamie boleh dibeli dengan reger 50 sen sebungkus
manakala Maggi hanya semahal 60 sen jer sebungkus.
Tapi sekarang, megi kari yg paling biasa pun singgit sebungkus!
Dulu kalau orang tu nak berjimat,
hari-hari dia tibai megi (bahaya tu beb),
tapi sekarang hanya orang berduittt jak yg makan megi,
sangat mahal lohhh..
Better makan nasi bujang, RM2.50, kenyang pun kenyang..
Mahal sikit dari megi, tp better la dari mengadap mi segera tu,
karang botak pulak kepala 🙂

0 thoughts on “Penangan Megi”
  1. […] Mi segera walaupun sedap dan cepat untuk disediakan, tetapi drawback-nya, ianya berbahaya untuk kesihatan. Tetapi member aku makan mi segera perencah budu, jadi tak lah bahaya sangat. […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *