Entah kenapa, terasa pulak nak buat entry pasal ni secara tiba-tiba.
Aku yg sebenarnya langsung tidak meminati bola sepak dan hanya minat badminton tiba-tiba boleh minat bola.
Aku hanya mula minat bola pada Q4 2009 rasanya, beberapa ketika sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan.
Aku pun sudah tak berapa ingat aku boleh minat bola.
Oh ya, selain bola sepak dan badminton, aku jugak minat Hoki, tiba-tiba minat hoki sebabnya kalau kuasa besar Eropah Malaysia tak boleh nak challenge even negara-negara kuasa Asia sendiri spt Jepun, Australia dan Korea pun Malaysia belum mampu nak berikan saingan, tapi lain cerita pulak kalau dalam hoki, Malaysia mampu menandingi kuasa2 Eropah. (Tapi Korea tetap jadi pencabar Malaysia).
Walaupun Malaysia dikejutkan dengan episod duka kerana gagal melayakkan diri ke Summer Olympics 2012, namun episod itu tidak bererti penamat.
Kalau badminton pulak, Axiata Cup, semalam both Malaysia Tigers dan Leopords masing-masing ditewaskan Indonesia Rajawali dan Garuda dengan keputusan masing-masing 1-2 dan 0-3, namun mara ke peringkat separuh akhir dengan tiket naib juara kumpulan.
Sekarang ayuh kita berbalik semula ke topik asal.

Berikut adalah pasukan bola sepak yg aku sokong.

Harimau Malaya

Harimau Malaya
Harimau Malaya

Sudah semestinya sebagai rakyat Malaysia, aku menyokong pasukan tanah tumpah darahku ini dengan sepenuh hati.
Once aku dilahirkan sebagai Malaysian, selama-lamanya aku rakyat Malaysia. Dan aku harap suatu hari nanti Malaysia mampu untuk melangkah lebih jauh lagi ke peringkat suku akhir ke, separuh akhir ke, dalam AFC Asian Cup, malah tidak mustahil jika Malaysia mampu untuk ke Piala Dunia FIFA sekurang-kurangnya mampu untuk berada dalam peringkat kumpulan untuk penampilan pertama, itu sudah menjadi sejarah emas buat Malaysia.

Kelantan

Kelantan FA
Kelantan FA

Jangan disangkal lagi kenapa aku memilih Kelantan. Dah memang aku dilahirkan di sana. Aku anak Kelahiran sebuah kampung di Tumpat. Memang sentiasa aku menyokong pasukan ini di setiap menang, setiap seri dan setiap kekalahan. Aku sentiasa menyokong walau apapun keputusannya, bukan sekadar menyokong tatkala menang sahaja, dan mustahil aku tidak menyokong walaupun tahu Kelantan bakal menentang pasukan yg boleh dikatakan sudahpun menang sebelum bermain 90 minit.

Harimau Muda

Harimau Muda
Harimau Muda

Ya, walaupun Harimau Muda dulunya bermain dalam Liga Super. Tapi aku menyokong pasukan ini kerana ini adalah pasukan kebangsaan kita. Kalau nak berterus-terang memanglah aku menyokong Kelantan sekiranya dua pasukan ini bertemu, tapi itu menjadi adatlah kita memilih sesuatu yg lebih dekat dengan kita. Harimau Muda yang sekarang ini beraksi di S-League, memang aku sentiasa mengikuti perkembangan mereka. Keputusan pun agak memuaskan setakat ini.

Arsenal

Arsenal
Arsenal, image source: miecian.deviantart.com

Yang ini masuk pulak bab bola sepak Eropah. Kenapa Arsenal? Kenapa tak MU? Atau kelab dari Sepanyol Barca ke? Real (Madrid) ke? Jangan ditanya, dan akupun tak tahu. Entah kenapa aku rasa tertarik dengan kelab ni. Asal korang tahu, sebenarnya sejak aku minat bola sepak, aku tak minat pun BPL atau mana2 game bola sepak Eropah. Tp since Arsenal datang Malaysia Julai tahun lepas, aku tertarik dengan Arsenal. Aku minat Arsenal sebelum musim 2011/2012 bermula, pada awalnya Arsenal tewas 0-2 kepada Liverpool dengan 1 gol sendiri dan game seterusnya teruk dibelasah MU 2-8. Namu semakin lama, game diorang semakin baik dan akhirnya berjaya memberi tentangan kepada MU dengan kalah tipis 1-2. Arsenal jugak berjaya membalas dendam ke atas Liverpool dengan kemenangan 2-1 (rasanya, kan?) dan 1 gol Liverpool adalah gol sendiri dari Koscielny, maka lebih kurang macam perlawanan sebelumnya jugak.

Yang mana aku sokong jika dua pasukan pilihan aku berentap?

Kan aku dah nyatakan, ikut priority.

Kalau Kelantan lawan Malaysia (Malaysia 5-0 Kelantan), ada yg akan cakap aku sokong Kelantan, ya betul. Tapi aku sokong dua-dua lah, tapi kalau mengikut priority tentulah aku menyokong Malaysia. Kalau korang bukan orang Kelantan tentu akan sokong Malaysia dan orang Kelantan akan sokong Kelantan. Tak ada salahnya sokong mana-mana.

Kalau Malaysia lawan Arsenal (Malaysia 0-4 Arsenal), tentulah aku sokong Malaysia jugak. Takde gunanya ku sokong Arsenal yg langsung takde kaitan dengan diriku walaupun aku minat Arsenal. Tak sepatutnyalah kalau sokong pasukan Eropah dan menolak tepi pasukan sendiri. Mungkin ada yg ada pandangan sendiri mengenai hal ini. Ada jugak dan selalunyalah mereka akan sokong dua-dua.

Kalau pasukan liga super 1 lawan pasukan liga super 2. Selalunya kalau tonton game ni, aku ni neutral, tp depends on situasi jugaklah. kalau team 1 menang akan jejaskan ranking kelantan aku akan sokong team 2 dan sebaliknya, kalau salah satu team menang akan affect Kelantan, aku mintak-mintak supya seri. Senang kan…

Kalau pasukan liga Malaysia lawan kelab liga luar seperti Terengganu yg bermain dalam AFC Cup, Aku sokong Terengganu. Terengganu yg lawan Lions XII, aku sokong Terengganu. Semalam, Negeri Sembilan lawan Persebaya, aku sokong Negeri Sembilan dan Piala Sultan Selangor antara Selangor dan Singapura, aku sokong Selangor. Sokong yg mana mewakili negara kita. Mereka membawa bukan sahaja nama negeri malah nama Malaysia jugak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *