Membuat bayaran balik pinjaman PTPTN adalah tanggungjawab setiap peminjam. Kegagalan membuat bayaran balik bagi peminjam membuatkannya hidup dalam keadaan tidak tenteram apabila berdepan dengan risiko disenarai hitam dan juga boleh dikenakan saman. Terdapat banyak saluran untuk membuat bayaran balik selain kaunter, menerusi mesin ATM dan juga online banking. Tapi kena cas lebih la, RM1.06. Tapi cukup mudah sebab boleh bayar di rumah dan bila-bila masa. Jom baca panduan untuk bayar PTPTN online, saya pakai Maybank2u.
Update: Bayar PTPTN online juga menggunakan Maybank2U tapi tanpa sebarang caj.
Bayar PTPTN Online
Mula-mula log masuk ke Maybank2u dan bayaran balik PTPTN boleh diakses dalam senarai yang ada dalam bill payment.
Make a one-off payment.
PTPTN takde dalam senarai top payee, jadi kena bukak senarai semua payee yang ada.
PTPTN ada tiga. Jangan salah pilih pulak, pilih bayaran balik.
Masukkan jumalah yang dikehendaki, nombor MyKad dan juga nombor telefon.
Seperti biasa, request nombor TAC dan isikan di ruangan yang disediakan.
Sudah selesai, sila simpan slip sebagai rujukan. Rekod akan dikemaskini dalam masa 3 hari bekerja.
Itu sahaja. Memang mudah dengan teknologi. Tak perlu pergi kaunter dan menunggu giliran, tak perlu juga beratur di mesin ATM.
[…] ini saya sudah kongsikan panduan untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN secara online menggunakan […]