Hai semua. Hari ini saya mahu tunjukkan betapa mudahnya untuk aktifkan DNSSEC untuk Domain Name MYNIC (Domain .my) bagi domain name yang menggunakan CloudFlare sebagai nameservers.
Apa itu DNSSEC?
DNSSEC strengthens authentication in DNS using digital signatures based on public key cryptography. With DNSSEC , it’s not DNS queries and responses themselves that are cryptographically signed, but rather DNS data itself is signed by the owner of the data.
https://www.icann.org/resources/pages/dnssec-what-is-it-why-important-2019-03-05-en
Ini ialah sebelum DNSSEC aktif:
Saya akan gunakan “sanazi.my” sebagai contoh domain/website dalam panduan ini.
Pergi ke website sanazi.my di laman dashboard CloudFlare, kemudian tekan “DNS” seterusnya “Settings”
Tekan butang “Enable DNSSEC”
Maklumat-maklumat yang penting akan dipaparkan, tekan butang “Confirm”
Login ke portal selfcare MYNIC.
Tekan “Domains” di menu sebelah kiri dan tekan “Manage” untuk domain sanazi.my
Tekan tab “DNSSEC” dan tekan butang “OFF” untuk menghidupkannya.
(Anda mungkin perlu tunggu dalam 10 minit atau 1 jam untuk proses ini berjaya.)
Tekan butang “OK” pada popup yang keluar
Maklumat yang dicapai dari server CloudFlare akan dipaparkan, tandakan checkbox “I have read…” dan tekan butang “Confirm”
Popup “success” akan keluar, tekan “OK” untuk tutup.
Sekian panduan kali ini. Semoga berjaya.