Memang cun pun filem “Cun”. Baru-baru ni aku sempat tonton filem cun, lakonan Maya Karin dan Remy Ishak. Cerita dah lama keluar tapi aku baru je download. Okay la, aku suka sebab berlatar belakangkan kehidupan di kampung, cerita pula menggunakan loghat Kedah. Aku memang suka sebab kalau boleh aku nak kuasai bahasa Kedah sepenuhnya, tak la kekok bila berpeluang nak lanjutkan pelajaran ke Kedah, Penang, Perlis, dan juga sebahagian Perak pun guna loghat utara, lagipun sekarang ni dialek utara ni dah macam universal dah, banyak cerita kat tv guna loghat ni. Aku hayati betul-betul bunga bahasa yang digunakan dan alhamdulillah, aku faham dari A sampai Z dialog mereka tanpa bantuan sarikata. Istilah-istilah yang digunakan semuanya dah biasa aku dengar masa belajar di KMPP, ada yang aku tahu dari kawan-kawan, ada yang aku tengok dari internet. Istilah “tat sat” dan perkataan “kami” untuk kata ganti diri sendiri memang aku dah selalu dengar pun. Jalan cerita pun okay la, ada juga tang lawak. Romantik pun ada. Bahasa kesat pun ada juga sikit-sikit, tu yang buat filem ni best nak tonton tu. Tapi yang takleh blah, subtitle english tu memang lucah terus, kalau ada dialog yang pelik-pelik sikit, diorang sebut tu bunyi macam berlapik la juga, tapi bila subtitle english, memang teruk aku tengok. Nak tergelak pun ada baca sarikata dia.