Entah kenapa baru-baru ini aku ada tertonton satu drama atau cerita berbahasa Hindi (aku tak tahu bahasa apa, kalau salah sorry lah ya. Rasa aku, versi original adalah Hindi. Yang kat Vinmeen HD adalah dub Tamil sebab aku perasan lipsync dia lari yang amat sangat). Gara-gara bosan, aku main tukar-tukar channel antara saluran-saluran HD Astro dan aku terbuka channel Astro Vinmeen HD yang ketika itu sedang menayangkan bertajuk Ramayanam. Entah apa benda Ramayanam aku tak tahu tapi kalau Ramayana aku tahu lah sikit-sikit. Aku terlayan cerita Ramayanam di Astro Vinmeen HD itu kerana ianya memang merupakan kisah tentang epik Mahayana, salah satu epik Hindu yang popular selain epik Mahabharata. Rupanya Ramayanam itu ialah transliteration untuk sebutan asalnya dalam bahasa Sanskrit, kalau check di Wikipedia. Epik Ramayana ini bukanlah asing bagi orang Melayu terutamanya dalam seni Wayang Kulit Kelantan yang menyadur kisah-kisah dari epik ini. Boleh check di YouTube, dalam Wayang Kulit memang banyak karakter dari epik ini seperti Seri Rama (Sri Rama), Siti Dewi (Sita Devi), Hanuman Kera Putih dan lain-lain.

Ceritanya mengisahkan….

http://en.wikipedia.org/wiki/Ramayana
http://en.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Seri_Rama
http://truthhonourrespect.blogspot.com/2010/10/hikayat-maharajawana-watak-dan.html

Aduh, bacalah sendiri dari link di atas kalau belum tahu lagi pasal epik Mahayana. Tak kuasa nak story semua.

Ramayanam characters
Antara watak-watak utama

Antara watak-watak utama dalam cerita ini, Sri Rama (atas-kiri), Sita Devi (atas-kanan), Lakshmana (bawak-kiri) dan watak jahat Ravana (bawak-kanan).

Untuk bacaan lanjut boleh baca dan watch online (tiada sari kata rasanya, dan tak boleh tonton di Malaysia, tapi aku assume korang tahu bagaimana untuk bypass restriction ini kan?) di laman web Ramayanam dan juga di Wikipedia.

Cerita ini boleh ditonton di Astro Vinmeen HD saluran 231, setiap Isnin hingga Jumaat jam 8:30 pagi. Tak pasti sama ada disiarkan pada waktu lain atau tidak.

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *