Assalamualaikum w.b.t. Selamat datang ke blog saya. Maaf la ya, perkongsian kali ini lebih kepada luahan hati.

Sebelum ini saya telah mengalami beberapa kesulitan apabila saya cuba untuk renew domain name dan web hosting pada saat-saat akhir.

Contoh kesulitan ketika saya mahu renew hosting NetKL.

Namun saya langsung tidak mengambil iktibar daripada pengalaman-pengalaman yang lepas itu kerana saya berjaya juga untuk renew tanpa masalah besar, kesulitan kecil sahaja.

Akan tetapi segalanya berubah apabila saya mengalami pengalaman yang buruk apabila saya mahu renew domain sanazi.my ini.

Domain name sanazi.my bakal luput pada 26 Julai 2023, 22 Julai 2023 baru saya terhegeh-hegeh untuk renew.

Segalanya berjalan dengan tidak lancar.

Kronologi

(1) 22 Julai 2023: Website tempat saya beli domain name ini tidak lagi wujud.

(2) Mujur saya ada join Facebook Group untuk website saya beli domain name ini. Di dalam group itu saya dapat khabar bahawa bisnes sudah bertukar ownership.

(3) Saya daftar akaun di website baru yang dinyatakan di dalam group itu, namun domain name saya tidak tersedia di sana. Saya submit ticket di sana namun tiada jawapan.

(4) 23 Julai 2023: Cubaan untuk angkat kaki dan cari registrar lain juga adalah jalan buntu – saya cuba login di portal Selfcare MYNIC, tetapi username dan password saya ditolak. Cubaan untuk reset password juga gagal. Barulah saya sedar saya sebenarnya “tidak memiliki” domain name ini. Saya hantar permohonan kepada MYNIC untuk selesaikan masalah ini. Sila baca artikel ini untuk penerangan lanjut.

(5) 24 Julai 2023: Saya PM owner lama di Facebook, mujur juga dulu sempat add jadi friend di FB. Owner lama bagi nombor untuk Whatsapp.

(6) 25 Julai 2023: Saya Whatsapp nombor yang diberikan oleh owner lama pada 25 Julai sebab semalam owner lama reply PM saya jam 12 pagi, saya dah nak tidur. Akhirnya saya buat bayaran untuk renew domain saya.

(7) 26 Julai 2023: Pagi – Owner baru hantar ws katanya dia sudah renew domain name saya semalam. Petang itu saya reply ws-nya saya cakap expiry date masih belum extend. Dia reply MYNIC masih belum update lagi. Pada hari yang sama, MYNIC telah meluluskan permohonan yang saya nyatakan sebelum ini, Alhamdulillah!

(8) 27 Julai 2023: Domain sanazi.my kena suspend dan tak dapat diakses. Saya dapat SMS pemberitahuan daripada MYNIC.

SMS makluman domain name saya kena suspended

*Untuk makluman, Qinetics tiada kaitan dengan kisah ini, saya berurusan dengan entiti lain. “Entiti lain” itu mungkin adalah reseller kepada Qinetics. Sila baca perenggan bawah untuk penerangan lanjut.

(9) 28 Julai 2023: Saya hantar ws ke owner komplen bayaran dah submit hari Selasa, tapi hari Jumaat masih belum update dan domain saya dah mati semalam. Owner reply ada masalah dengan sistem MYNIC. Pada waktu petang lepas solat Jumaat barulah domain name saya aktif balik, Alhamdulillah!

Kali ini saya betul-betul ambil iktibar supaya jangan renew pada saat-saat akhir. Blog saya tidak dapat diakses lebih kurang selama satu hari. Owner memang membantu, tapi kalau ada masalah teknikal yang menangguhkan proses renewal, macam ini lah jadinya.

Saya akan angkat kaki dan move on ke registrar yang lain kerana saya tidak berpuas hati dengan registrar semasa. Bukan direct registrar pun, mungkin reseller kepada registrar kerana info mereka tiada di senarai rakan MYNIC. Info carian WHOIS domain name saya menunjukkan Qinetics sebagai registrar, bukan nama mereka. Malah nama registrar berubah-rubah sejak saya bersama mereka dari Jomhosting ke Rocksoft ke Qinetics.

Setiap kali mahu renew pasti ada sahaja masalah, daripada tak boleh nak login ke website mereka, hinggalah kena contact secara personal untuk submit bayaran secara manual bank transfer. Saya akan pindahkan domain name saya ke registrar yang tersenarai di website MYNIC. Kemungkinan besar di iwhost.com.

Selepas Renewal

31 Julai 2023: Owner ws suruh saya tukar registrar daripada Qinetics kepada registrar yang lain. Dia juga hantar gambar kepada saya, email daripada MYNIC. Dari email itu saya dapati dia request supaya MYNIC tukarkan registrar untuk domain sanazi.my. MYNIC refused permohonan itu, good job MYNIC, jadi dia minta saya yang tukarkan. Nope! Not gonna happen man! Saya akan tukar ke registrar pilihan saya sendiri nanti.

30 September 2023: 2-3 hari lepas, saya check dan dapati “website baru” sudah tidak wujud lagi kerana domain name nya sudah expired. Kalau saya masih stick around dengannya, entah apa lah nasib domain name saya bila sampai masa untuk renewal yang seterusnya.

Sudah expired

Transfer Domain Name MYNIC atau Change Invoicing Party

7 Oktober 2023: Saya transfer domain name saya ke iwhost.com. Panduan transfer domain name .my ke registrar lain.

Asalnya saya mahu pindahkan ke Zenpipe sebab harganya hanya RM80 setahun. Tapi selepas mengambil kira beberapa faktor, saya putuskan untuk pilih iwhost.com dengan bayaran RM90 setahun. Pilihan yang lain ialah Spanlogic (RM85 setahun). *Harga adalah betul setakat 7 Oktober 2023.

Bayaran yang saya perlu jelaskan ialah RM95.40 iaitu RM90 + RM5.40 (6% tax).

Domain name saya buat masa ini masih dalam status “pending transfer.” Mengikut pengalaman saya transfer domain tojiali.com dari NetKL ke CloudFlare, prosesnya mengambil masa 6 hari termasuk hujung minggu. Maka jangkaan saya proses transfer ini akan siap pada 13 Oktober atau 15 Oktober jika Sabtu dan Ahad tak dikira. Kalau selepas 10 hari proses belum selesai, saya akan hubungi iwhost dan/atau MYNIC.

Boleh baca satu artikel yang bermanfaat daripada Namecheap mengenai domain name renewal.

9 Oktober 2023: iwhost hubungi saya untuk dapatkan butiran lanjut untuk mereka proses permohonan saya. Pada sebelah petang, domain name saya telah aktif di iwhost.com. Tapi ada masalah, expiry date domain name saya tidak dilanjutkan untuk setahun lagi. Saya terus adukan kepada iwhost.

10 Oktober 2023: iwhost maklumkan kepada saya expiry date domain name saya sudah dilanjutkan untuk setahun lagi, yay! Terbaik iwhost.com.

What If?

Sekiranya saya tidak buat kerja last minute dan cuba untuk renew awal-awal, saya dapat tahu awal yang saya tidak dapat akses akaun selfcare portal dan saya dapat minta MYNIC selesaikan msalah saya dan saya sempat untuk transfer domain name ke registrar lain.

Jika saya masih memilih untuk kekal sekali pun, saya ada banyak masa untuk tolerate dengan tempoh renewal yang bermasalah kali ini.

Ringkasan

Renewal bermasalah atas kesilapan saya sendiri yang suka renew pada akhir-akhir waktu

Owner memang membantu untuk selesaikan isu saya walaupun flow dia agak kurang smooth. Kalau saya renew awal mesti tak kalut macam ni.

Saya harap artikel ini memberi pengajaran kepada anda sekiranya seperti saya yang suka buat benda pada last minute.

By Sanazi

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

2 thoughts on “Kesilapan Terbesar Lewat Renew Domain Name .MY”
  1. […] ini saya telah transfer domain name .MY ini ke registrar yang lain selepas tidak berpuas hati dengan registrar yang lama. Saya telah transfer domain name .MY saya ini ke iwhost.com. Saya putuskan untuk berhijrah ke […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *