Korang langgan Netflix. Ada satu judul movie atau drama atau anime atau apa sahaja yang korang nak tonton, tapi tak tersedia di Netflix atau kata mana-mana je lah yang korang ada langgan tu. Jadi korang pun terfikir soalan ni…
Kat mana saya boleh tonton movie/drama/anime ni ya?
Kalau situasi ini pernah terjadi kepada anda, saya ada jawapannya.
Kalau anda nak cari sesuatu kandungan, selalunya anda akan Google sahaja rancangan tersebut dan biasanya akan dapat hasil carian berserta dengan platform mana yang tersedia untuk kandungan itu.
Namun tidak semua carian akan terjadi seperti situasi di atas. Dan biasanya akan ada lebih dari satu pilihan.
- Pilihan satu anda boleh langgan dan terus tonton kandungan itu.
- Pilihan dua, kalau anda tak nak langgan platform itu sebab dah langgan platform lain, mungkin ada pilihan untuk sewa kandungan itu sahaja tanpa perlu langgan.
- Pilihan tiga, jika anda seorang collector, anda mungkin ada pilihan untuk beli versi digital kandungan itu.
Setiap platform tawarkan harga langganan yang berbeza, kadar sewaan yang berbeza dan harga berbeza jika mahu beli versi digital.
Secara peribadi saya tak gemar beli movie atau kandungan secara digital, sebab dah macam-macam kes terjadi dimana produk digital yang dibeli hilang dari milikan pembeli disebabkan oleh isu copyrights. Boleh Google untuk bacaan lanjut. Jadi kalau nak beli elok beli DVD/Bluray fizikal, boleh try cari di kedai-kedai atau lebih senang cari di Shopee.
Berbalik kepada topik, ada satu website yang sesuai untuk situasi ini iaitu JustWatch. JustWatch akan senaraikan di platform penstriman mana yang tersedia kandungan yang anda cari, jadi anda boleh buat keputusan, kat mana yang lebih berbaloi untuk anda tontonnya.
Contoh-contoh carian kandungan
Hasil carian menunjukkan anda ada tiga pilihan platform untuk menontonnya. Platform Astro GO tidak disertakan tetapi akan saya jelaskan nanti.
Hasil carian menemukan keputusan platform tunggal di Netflix. Sekali lagi platform Astro GO juga tidak disertakan dan akan saya jelaskan nanti.
Hanya platform Crunchyroll disertakan walaupun DBS tersedia di pelbagai platform seperti Astro GO, iQIYI, Bilibili dan WeTV. Saya akan jelaskan nanti.
Selingan – Baca sini untuk senarai platform percuma untuk tonton anime dan tokusatsu.
Hanya platform Netflix disertakan. Cerita ini juga tersedia di iQIYI.
Ini adalah contoh yang lebih menarik untuk saya huraikan. Anda ada pilihan untuk stream dengan langganan, sewa atau beli. Kalau mahu sewa, pilihan di Apple TV adalah terbaik kerana berharga RM9.90 (4K) vs di Google Play berharga RM19 tetapi sekadar HD. Sama juga situasinya jika mahu beli versi digital.
Dari awal saya sudah beritahu, ada platform yang tidak disertakan. Sebabnya – Website JustWatch tidak sertakan keputusan dari platform Astro GO, Tonton, iQIYI, Viu dan Bilibili.
Contoh kandungan yang tersedia di Astro GO, judul tersebut tersenarai tetapi platform untuk menontonnya tidak disertakan.
Contoh kandungan yang tersedia di Tonton, judul tersebut tersenarai tetapi platform untuk menontonnya tidak disertakan.
Jadi, untuk situasi ini, kena guna cara biasalah – tanya Pak Cik Google.