Kejohanan bola sepak peringkat Asia iaitu Piala Asia 2015 akan bermula pada 9 Januari ini dengan perlawanan pertama melibatkan kumpulan A iaitu tuan rumah Australia akan menentang pasukan Kuwait. Australia pasti mahu memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri untuk menjulang Piala Asia buat julung kali selepas hanya menjadi naib juara bagi edisi 2011 yang lalu. Jepun pula antara pilihan dan pastinya mahu mempertahankan gelaran juara yang dimenangi mereka pada 4 tahun yang lalu.
Siaran langsung pastinya di rangkaian Fox Sports dan menurut laman web rasmi AFC, TV3 juga akan menyiarkan perlawanan kejohanan ini. Rujuk senarai stesen tv penyiar Piala Asia 2015 di laman web rasmi AFC. (hyperlink dibuang kerana halaman berkenaan sudah dipindahkan/dipadam)
Berikut adalah jadual perlawanan Piala Asia 2015, masa adalah waktu Malaysia GMT+8.
Peringkat Kumpulan
09 Januari – 05:00pm – Australia-Kuwait [Kumpulan A]
10 Januari – 01:00pm – Korea Selatan-Oman [Kumpulan A]
10 Januari – 03:00pm – Uzbekistan-Korea Utara [Kumpulan B]
10 Januari – 05:00pm – Arab Saudi-China [Kumpulan B]
11 Januari – 03:00pm – UAE-Qatar [Kumpulan C]
11 Januari – 05:00pm – Iran-Bahrain [Kumpulan C]
12 Januari – 03:00pm – Jepun-Palestin [Kumpulan D]
12 Januari – 05:00pm – Jordan-Iraq [Kumpulan D]
13 Januari – 03:00pm – Kuwait-Korea Selatan [Kumpulan A]
13 Januari – 05:00pm – Oman-Australia [Kumpulan A]
14 Januari – 03:00pm – Korea Utara-Arab Saudi [Kumpulan B]
14 Januari – 05:00pm – China-Uzbekistan [Kumpulan B]
15 Januari – 03:00pm – Bahrain-UAE [Kumpulan C]
15 Januari – 05:00pm – Qatar-Iran [Kumpulan C]
16 Januari – 03:00pm – Palestin-Jordan [Kumpulan D]
16 Januari – 05:00pm – Iraq-Jepun [Kumpulan D]
17 Januari – 05:00pm – Australia-Korea Utara [Kumpulan A]
17 Januari – 05:00pm – Oman-Kuwait [Kumpulan A]
18 Januari – 05:00pm – China-Korea Utara [Kumpulan B]
18 Januari – 05:00pm – Uzbekistan-Arab Saudi [Kumpulan B]
19 Januari – 05:00pm – Iran-UAE [Kumpulan C]
19 Januari – 05:00pm – Qatar-Bahrain [Kumpulan C]
20 Januari – 05:00pm – Iraq-Palestin [Kumpulan D]
20 Januari – 05:00pm – Jepun-Jordan [Kumpulan D]
Suku Akhir
22 Januari – 03:30pm – Juara Kumpulan A – Naib Juara Kumpulan B [Perlawanan 25]
22 Januari – 06:30pm – Juara Kumpulan B – Naib Juara Kumpulan A [Perlawanan 26]
23 Januari – 02:30pm – Juara Kumpulan C – Naib Juara Kumpulan D [Perlawanan 27]
23 Januari – 05:30pm – Juara Kumpulan D – Naib Juara Kumpulan C [Perlawanan 28]
Separuh Akhir
26 Januari – 05:00pm – Juara Perlawanan 25 – Juara Perlawanan 27
27 Januari – 05:00pm – Juara Perlawanan 26 – Juara Perlawanan 28
Akhir
30 Januari – 05:00pm – Perlawanan tempat ke-3/ke-4
31 Januari – 05:00pm – Perlawanan Akhir
Untuk imej yang lebih jelas rujuk sini. Atau rujuk versi web di sini. (hyperlink dibuang kerana halaman berkenaan sudah dipindahkan/dipadam)