• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Sukan / Jadual Bola Sepak Piala Malaysia 2015

Jadual Bola Sepak Piala Malaysia 2015

23/08/2015 by Toji Ali Leave a Comment

Tirai Liga Malaysia telah melabuhkan tirainya semalam dengan menyaksikan Johor Darul Ta’zim I FC (JDT) berjaya mempertahankan gelaran juara liga super yang dimenangi mereka pada musim lalu. Meskipun tewas 1-2 kepada Felda United, namun pencabar terdekat Pahang gagal memintas kedudukan kerana juga kecundang 1-3 kepada Terengganu. Liga Premier pula menyaksikan Kedah dan Pulau Pinang kembali dalam kancah Liga Super setelah merangkul gelaran juara dan naib juara masing-masing. Sementara itu, Melaka United dan Perlis berjaya kembali bersaing di Liga Premier untuk musim hadapan. Setelah tamat perlawanan liga, maka bermulalah pula bola sepak Piala Malaysia 2015. Berikut adalah cadangan jadual bola sepak piala malaysia 2015 daripada FAM.

Perlawanan pertama bola sepak Piala Malaysia 2015 akan bermula pada 11 September 2015. Berikut adalah pasukan-pasukan yang telah melayakkan diri untuk saingan Piala Malaysia 2015:

Pasukan-pasukan yang layak bermain Piala Malaysia 2015

01. Johor Darul Ta’zim I
02. Pahang
03. Selangor
04. Terengganu
05. Felda United
06. PDRM
07. LionsXII
08. Perak
09. Kelantan
10. Sarawak
11. Kedah
12. Pulau Pinang
13. T-Team
14. PKNS

Dua slot playoff adalah diantara pasukan tempat ke-11 liga super menentang tempat ke-6 liga perdana dan juga pasukan tempat ke-12 liga super menentang tempat ke-5 liga perdana.

15. ATM lawan NS Matrix
16. Sime Darby lawan Johor Darul Ta’zim II

Jadual Playoff Piala Malaysia 2015, Selasa, 25 Ogos 2015, sepakmula 8:45 malam.

1. ATM – Negeri Sembilan Matrix, Stadium Selayang.
2. Sime Darby – JDT II, Stadium Tunku Abdul Rahman.

Undian Piala Malaysia 2015

Undian bagi menentukan kumpulan akan dilakukan pada 27 Ogos 2015. Kemungkinan besar, seperti kebiasaan tahun-tahun lepas, pasukan tempat 01-04 diletakkan dalam balang A, 05-08 dalam balang B, 09-12, dalam balang C dan 13-16 dalam balang D.

undian piala malaysia 2015
Undian Piala Malaysia 2015. Kredit gambar: dailysukan.com

Keputusan Undian Piala Malaysia 2015

Kumpulan A: Terengganu, LionsXII, Kedah, JDT II
Kumpulan B: JDT, Perak, Sarawak, ATM
Kumpulan C: Selangor, Felda, Kelantan, T-Team
Kumpulan D: Pahang, PDRM, Pulau Pinang, PKNs

jadual piala malaysia 2015
Undian Piala Malaysia 2015. Kredit gambar: dailysukan.com

Jadual Piala Malaysia 2015

Jadual Piala Malaysia 2015
Jadual Piala Malaysia 2015

Tak sabar nak tunggu saingan Piala Malaysia tahun ini bermula. Saingan yang cukup berbeza kerana ianya adalah sainagn kalah mati (kecuali peringkat kumpulan) tidak seperti liga yang mana kejuaraan sesuatu pasukan boleh melibatkan keputusan perlawanan yang lain. Namun saingan kalah mati, memerlukan pasukan menang secara berterusan dari segi agregat untuk merangkul gelaran juara. Adakah Pahang mampu mempertahankan kejuaraan, atau JDT mahu mencari trofi ketiga musim ini setelah memiliki piala Sultan Haji Ahmad Shah dan trofi liga super.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Sukan Tagged With: bola sepak, bola sepak malaysia, Piala Malaysia

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Aku Sudah Terminate YES 4G
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Remote Astro Rosak, Beli Remote Baru
  • Aku Terbeli Modem 4G Tenda 4G185

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in