Akhirnya setelah berfikir panjang, aku berani mengambil risiko untuk flash Nokia 5800 RM-356 aku menggunakan JAF. Firmware yang aku gunakan adalah custom firmware, CFW Symbian 3 v6.1 untuk Nokia 5800. Firmware asal yang datang dengan telefon masa aku beli tahun lepas adalah v50.0.005 kemudian aku update kepada minor update v51.X.XXX sedangkan pada masa itu major update terakhir v52.0.007 telah pun keluar. Aku terbaca artikel menyatakan walaupun sesuatu update itu telahpun keluar, namun ianya tertakluk kepada operator talian telefon samada update itu compactible ke tak dengan perkhidmatan yang operator berikan. Namun bagitu adalah mustahil Maxis (operator yang aku pakai) tak bagi update tersebut kerana ada orang lain yang pakai Maxis boleh update ke v52. Yang lagi heran tu, bila aku check FOTA (Firmware Update Over The Air) update menggunakan Nokia OVI Suite atau Nokia Software Updater, hanya v51 update untuk enset aku (sebab aku dah update ke v51, so apps ni detect sebagai no update), sedangkan bila aku check FOTA update guna telefon aku, dia detect update v52 available. Aku pun download la firmware tu, bila siap download, telefon restart kemudia keluar error “firmware not compactible with this phone” blah blah blah lebih kurang macam tu la.

So aku amek keputusan nak update firmware phone aku dengan flashing method menggunakan software JAF. Official Flasher dari Nokia pun ada, iaitu Pheonix, tapi sebab orang biasa guna JAF, so aku pun nak pakai JAF jugak la, tutorial lengkap untuk flash Nokia 5800xm RM-356 pun ada dalam harddisk aku.. senang sikit.
Tujuan utama aku nak flash ni sebabnya adalah untuk hack telefon aku. Aku takleh nak hack dengan cara biasa selain reinstall hacked firmware. Kenapa kena hack? dan kenapa takleh hack cara biasa? rujuk Kenapa mesti Hack Nokia Firmware. Bila aku dah hack dan dapat akses ke folder sistem. boleh la aku buat macam-macam dengan phone aku. Nokia pun satu la, pelanggan beli phone diorang mahal-mahal, tapi kita tak dibenarkan customize dan menggunakan telefon tu sesuka hati, no wonders ramai yang dah tinggalkan Nokia, ikhlas dari aku sebagai seorang pelanggan. Selain untuk dapatkan firmware versi terkini dan hack phone aku, tujuan aku flash adalah untuk install customized/cooked CFW ke dalam Nokia 5800xm aku. CFW adalah operating system ataupun dipanggil firmware yang dibuat sendiri oleh mereka yang pakar samada untuk membuatkan telefon nampak lebih decorative ataupun memberikan performance yang maksimum dengan jangka hayat bateri yang lebih lama. Satu lagi CFW adalah membuatkan sesuatu telefon kelihan seakan-akan model telefon yang berlainan. Sebagai contoh Nokia 5800 boleh pakai CFW yang tertentu untuk membolehkan dalamannya kelihatan seakan-akan model Nokia N97 walaupun luarannya adalah 5800.

Tapi aku ragu-ragu untuk flash phone aku. Sebabnya telefon aku boleh mati kalau tersilap langkah semasa flashing.
Antara sebab device boleh brick semasa flashing adalah:
-Downgrading, maksudnya versi firmware yang ingin di-flash older berbanding yang telah diinstall di dlm phone.
-Terdownload firmware yang tak padan dgn phone.
-Firmware files tidak mengcukupi, rujuk sini untuk tahu tentang fail-fail firmware dan fungsinya.
-Gangguan kuasa semasa proses flashing:
–Telefon tidak mempunyai kuasa yang mengcukupi, sebab itu penting untuk sambungkan kepada charger semasa flashing.
–Komputer terpadam, recommend guna laptop berbateri dan sambungkan AC adapter. Kalau blackout, still ada bateri, kalau bater habis, still ada power dari soket elektrik.
–Telefon tiba-tiba disconnect
-Sebab-sebab lain yang berkaitan

Selain dari phone boleh brick, ada kemungkinan EMEI dan Bluetooth adress boleh rosak.
EMEI stand for International Mobile Equipment Identity, boleh rosak dan menjadi 00000000000000.
BT address pun boleh rosak aku baca kat internet.

Untuk check EMEI, dail *#06# – kod universal untuk semua model telefon tidak mengira syarikat pengeluar
Untuk check Bluetoothh address, dail *#2820#
Untuk check versi Firmware semasa, dail *#0000#
Untuk kod-kod yang lain, rujuk Nokia Secret Codes di sini.

Ada lagi la risiko sampingan yang aku sendiri pun tak tahu.
Tapi yang aku gusar sekali adalah battery drain, maksudnya firmware ni akan consume bateri dengan lebih banyak. So jangka standby telefon pun lagi singkat. Kadang-kadang walaupun tidak guna phone dan tiada apps running on background. Aku pun hadapi battery drain bila flash CFW.

Setelah berfikir panjang aku pun flash la phone aku. Dua kali aku flash phone aku. Kali pertama aku flash pakai firmware yang aku edit sendiri. Aku mix 3 files CFW dengan 4 lagi files firmware asal yang aku download guna NaviFirm. Kemudian aku edit file rofs2 untuk masukkan patcher.ldd ke dalam drive Z:, tapi aku rasa patut letak kat dalam file uda yang akan di-flash masuk ke drive C:, tapi memandangkan kalau nak edit uda kena ada MagicISO sebab kena handle file .img. Kemudian aku blank-kan file rofs3. Nak tahu lebih lanjut pasal fail-fail ni, klik sini. Nak dijadikan cerita, setelah di-flash pakai firmware yang aku edit, phone aku boot dengan elok, cuma keluar message system error. Bila aku nak akses apps dan fungsi-fungsi lain, semua okay.. tapi kalau aku nak akses main menu, keluar la mesej system error.. Ia berfungsi dgn baik cuma kalau tak boleh nak akses menu susah la kan, sebab segala apps kena akses dengan membuka Main Menu dulu.. Aku pun apa lagi reflash la dengan CFW yang aku download.. CFW Sym^3 daripada SymbianLatino. Walaupun dia declare sebagai firmware Symbian 3, tapi hakikatnya adalah firmware Nokia C6 ported ke model Nokia 5800. Jangan ingat bila install CFW symbian 3, Telefon NOkia 5800 akan running OS Symbian 3, sebenarnya tidak.. ia cuma appears seakan-akan Sym^3 sedangkan hakikatnya ia tetap running di bawah Symbian 9.4. Aku nak install CFW Symbian Anna tapi yang tu berdasarkan firmware v52.0.101, aku tak nak la, sebab aku nak phone aku di-update-kan ke update yang paling latest (dan sememangnya update yang final untuk model lapuk Nokia 5800). Symbian Anna ni juga adalah Symbian 3 tetapi yang versi ni adalah versi yang lebih update. Lepas flash dengan CFW Sym^3 asal, phone aku boot normally tanpa sebarang error. Dan phone aku 100% hacked macam yang aku nak, boleh la add custom transition effects untuk phone aku nanti. Tapi yang nyatanya adalah, battery drain. Memang la bateri aku dah kong, tapi sebelum ni boleh tahan dalam 2-3 hari dengan minimal usage (tanpa menonton video, tanpa gaming, no apps running on background), tapi sekarang ni sehari pun tak dapat bertahan. Yang lagi teruk, charging time dia, cas sejam pun dah penuh. Bateri kembung bukan main, risau jugak takut-takut meletup.. Nak beli bateri baru, kalau bateri drain jugak kena flash firmware original je lah.

nokia 5800 xpress music cfw symbian^3 v6
Screens CFW Symbian 3 v6.1 ported to Nokia 5800 RM-356 v52.0.007

Overall, yang aku suka tentang CFW tu adalah
-hacked
-Desktop boleh standby dalam potret/landscape mengikut sensor accelerometer (Nokia 5800 takde sensor magnetometer, tak boleh la jadikan kompas)
-swipe screen to unlock
-dialer Nokia C6, dialer original 5800 punya la hodoh
-paparkan sms dalam conversational view, phones yang baru memang ada fungsi ni, 5800 je takde. Memang la boleh guna third party apps untuk e
nable fungsi ni, tapi aku lebih suka kalau fungsi tu datang sekali dengan default sms viewer.
-java permissions, dah tak perlu dah nak klik yes tiap2 kali phone tanya “allow app to read user data”. Memang phone dah takkan tanya dah.

Banyak lagi la yang aku suka, bila dah phone hacked ni macam-macam boleh edit,
antaranya tukar startup tone dan startup image, edit firmware info yang akan terpapar apabila mendail *#0000#
Cuma yang tak suka adalah CFW ni tidak menggunakan keyboard QWERTY Symbian Anna. Keyboard Symbian Anna memang class.

Symbian Anna QWERTY Keyboard
Symbian Anna QWERTY Keyboard

Tu je lah untuk setakat ni.

Tips of the Day

Mengecas bateri yang baru dibeli.

Aduh… macam mana nih.. Ada yang kata kena cas at least lapan jam sebelum boleh guna.
Ada yang kata lima jam dah memadai. Ada pula yang kata, cas macam biasa je, penuh terus tutup soket letrik.
Ada pulak yang kata, guna bateri sampai abis, lepas tu cas untuk semalaman..
Mana satu yang betul ni?? Aku pun tak tahu.. tapi aku nak share sikit serba sedikit research yang telah aku buat
mengenai charging a new battery.

Mengecas bateri baru selama berjam-jam adalah hanya untuk bateri lama iaitu Nickel Cadmium (Ni-Ca) dan Nickel Metal Hydride. Boleh tengok contoh bateri Ni-Ca di telefon 3310.
Bateri ni perlu dicas untuk kali pertama untuk sesuatu tempoh, dan hanya boleh dicas semula apabila telefon telah mati.
Kita pulak terikut-ikut cara mengecas bateri ini walaupun telefon sekarang menggunakan bateri Lithium (kalau tengok kat bateri, tertulis Li-ion).
Bateri yang Lithium-based ni, cas tidak akan dibenarkan masuk setelah bateri tersebut fully charged.
Overcharging the bateri akan menyebabkan jangka hayatnya semakin pendek.
Bateri ni boleh dicas walaupun hanya kurang satu bar, tak perlu tunggu mesej “battery low” sebelum cas.
Telefon boleh digunakan semasa bateri ini dicas.
Jadi bateri yang baru, boleh digunakan macam bisa sahaja, bila caj dah law, cas macam biasa.
Bila full, uplug charger dan jgn overcharge bateri sampai berjam-jam. Untuk dalam kurang sejam takpe la kot.

p/s: Ni berdasarkan research yang aku buat kat internet.. Kesahihannya Allah sahaja yang tahu…

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *