Kali ini aku nak tunjukkan cara untuk menjana senarai fail daripada folder dalam komputer. (How to generate list of files in a directory into .TXT text file)
Kenapa pentingnya perkara ini?
Aku telah mengambil iktibar dari pengalaman yang lalu supaya sentiasa untuk backup segala fail-fail yang aku ada dan simpan senarai fail-fail dari sesuatu folder atau pemacu serta struktur folder atau bagaimana fail-fail tersebut disusun dalam setiap folder supaya apabila cakera keras aku rosak, aku masih ada backup serta senarai lengkap fail-fail yang telah hilang dan bagaimana ianya disusun sebelum ini. Dengan adanya senarai fail, walaupun aku tidak mempunyai backup untuk fail-fail yang telah hilang, aku boleh menggantikannya semua dengan memuat turun semula fail-fail yang asalnya aku ambil daripada internet dengan syarat aku tahu fail apa yang telah hilang. Maka, ini adalah panduan atau cara untuk menjana senarai fail daripada folder atau pemacu keras.
Cara untuk menjana senarai fail daripada folder
Buka command prompt dengan menaipnya pada start atau secara pantas dengan menekan butang kombinasi WINDOWS dan R, dan taipkan cmd dan tekan ENTER.
Pergi ke pemacu yang dimahukan dengan menaip HURUF PEMACU disertai dengan noktah bertindih, contohnya d:
Kemudian taipkan dir /s > sebarangNamaYangDisukai.txt dan tekan ENTER.
Ataupun, tanpa perlu pergi ke sesuatu pemacu, hanya taipkan
dir [HURUF PEMACU SUMBER]: /s > [HURUF PEMACU SASARAN]:/sebarangNamaYangDisukai.txt
sebagai contoh, dir g: /s > d:/senaraiFailPadaG.txt
Fail teks yang mengandungi senarai fail dan folder telah dicipta pada pemacu target, dalam contoh ini, pada pemacu D: dan inilah rupa fail tersebut
Senarai fail dan folder pada ‘root’ pemacu ditunjukkan dahulu, diikuti dengan fail dan subfolder yang ada dalam setiap folder.
Lakukan langkah ini secara berkala
Lakukan proses ini secara konsisten ataupun setiap kali ada fail baru yang ditambah dan/atau dipadam. Dan jangan lupa untuk backup fail teks ini sebagai menghadapi worst case scenario, laptop tak dapat nak on. Ini ialah praktis yang aku lakukan setelah aku mengambil iktibar dengan rosaknya tiga biji external hard drive aku. Nasib baik yang satu lagi ‘hidup semula’. Hard disk itu mengandungi segala macam gambar yang tiada backup mustahil untuk dapatkan balik jika ia tidak hidup semula. Hard drive yang dua lagi completely K.O. Nasib baik hanya ada segala movie yang aku sedut sebelum ini. Tapi drama Sufiyah yang aku beli dan rekod dari Astro On The Go tidak dapat diselamatkan. Dengan langkah ini dan juga backup yang konsisten, aku bersedia untuk sebarang hard disk failure.
[…] Sediakan juga senarai fail supaya apabila berlaku kerosakan HDD, senang untuk restore dan susun semula fail-fail mengikut keadaan/struktur asal ke hard disk yang baru. Jangan lupa untuk turut backup senarai fail berkenaan. Panduan untuk menjana senarai fail boleh dibaca di sini. […]