• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Blogging / Cara Untuk Halang Blog Luar Curi Bandwidth

Cara Untuk Halang Blog Luar Curi Bandwidth

11/08/2020 by Toji Ali Leave a Comment

Selepas saya dapat tahu ada blog-blog lain yang siarkan secara terus gambar-gambar dari blog ini, saya decide untuk block gambar-gambar saya daripada digunakan oleh orang lain. Kalau tak, kira curi bandwidth la walaupun visitors tak singgah ke blog saya tapi bandwidth ditolak dari akaun saya.

Tujuannya supaya blog ini yang dihoskan oleh hosting NetKL tidak kehabisan quota setelah jika bandwidth dicuri oleh orang lain sedangkan pengunjung tak masuk pun ke blog ini.

Cara yang paling senang tanpa perlu usik fail .htaccess secara manual yang mampu mengjahanamkan blog ialah dengan menggunakan tetapan “Hotlink Protection” yang ada pada CPanel.

Mula-mula login ke cpanel dahulu. Kalau tak biasa, URLnya mudah sahaja, hanya tambah /cpanel selepas domain blog, contoh: sanazi.my/cpanel. Untuk username & password, ianya sudah dibekalkan oleh penyedia hosting semasa kali pertama daftar dulu.

Selepas sudah login ke dalam, klik pautan “Hotlink Protection” yang ada pada menu “Security.”

Cpanel Hotlink Protection
Hotlink Protection

Sekarang hanya perlu tambah blog-blog yang dibenarkan untuk gunakan gambar pada ruangan “URLs to allow access”.

Cpanel Hotlink Protection
Klik butang submit dan sudah beres!

Pastikan ada ” Hotlink protection is currently “enabled”. ” seperti dalam gambar di atas.

Bukan setakat curi bandwidth, curi artikel orang lain juga

Blog yang gunakan gambar-gambar dari blog ini sudah tak boleh dipaparkan lagi.

Cpanel Hotlink Protection
Dah tak keluar dah gambar

Saya akui masa sama buat artikel di atas, saya rujuk panduan orang lain juga sebab saya bukan expert, lagi-lagi masa mula-mula ada blog pada tahun 2013. Namun, saya olah ayat sendiri, saya gunakan screenshot yang saya buat sendiri, bukannya copy paste ayat dengan gambar-gambar sekali. Artikel dalam screenshot di atas saya terbitkan di sini: https://sanazi.my/tutorial-setup-domain-name-untuk-blogspot/. Masa mula-mula karang dulu saya guna aku/korang, lepas tu dah update jadi saya/anda, artikel ciplak di atas pulak pakai yang lama.

Rasa geram pulak, dah la cedok artikel orang lain, siap ada iklan AdSense kat blog dia, kurang asam.

Tapi yang tak boleh belah, link ke blog ini masih lagi ada, malah affiliate link saya pun masih ada di sana. Siap dengan nama saya sekali ada di akhir post. So saya rasa, dia copy paste dan bagi balik kredit kepada saya, sekadar niat dia untuk share. Well, OK lah macam tu, tapi dari segi SEO, tak berapa bagus duplicated contents ni.

Cpanel Hotlink Protection
Yang ni lagi power

Yang di atas lagi power, copy paste hasil kerja saya, lepas tu tukar affiliate links saya yang ada kepada affiliate links dia. Melampau betul. Dia copy paste dan gabung dari blog orang lain jugak, kebetulan saya kenal orang yang dia ceduk. Artikel di atas saya terbitkan di sini: https://sanazi.my/buat-duit-online-dengan-clixsense/. Terdapat major update yang saya lakukan kerana website berkenaan sudah berubah dari semasa ke semasa, namun saya masih ingat ayat-ayat yang saya karang tersebut.

Update: Sepatutnya pada ruangan “Redirect the request…” saya letak link ke gambar. Saya dah update, sekarang blog-blog yang pakai gambar saya akan nampak gambar ini:

This image is hosted on www.sanazi.my
Nampak ni

Update 2: Saya sudah tukar kepada cara ini: https://sanazi.my/cara-untuk-halang-blog-luar-curi-bandwidth-2/

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Blogging Tagged With: copy paste, cpanel, hotlink protection, plagiarism

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Lagu Spongebob Squarepants Versi Loghat Malaysia
  • Senarai Filem, Drama dan Telemovie Dalam Loghat Kelantan

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in