Sebelum ini saya sudah share cara untuk halang blog luar curi bandwidth. Cara di panduan berkenaan ialah dengan meminda file .htaccess supaya block semua domain yang hotlinking gambar dari web hosting ini kecuali domain-domain yang saya whitelist-kan.
Apabila ada blog atau website yang hotlinking gambar dari web hosting ini, blog atau website itu akan paparkan gambar khas yang saya tetapkan:
Masalah dengan setup berkenaan ialah seolah-olah laman Facebook dan Twitter turut disekat kerana tidak mampu tarik data gambar dari blog ini walaupun mereka termasuk dalam senarai whitelist.
Setelah membaca artikel ini https://community.cloudflare.com/t/hotlink-prevention-that-still-allows-google-full-access/47827/4, saya try and error settings yang sesuai mengikut kehendak saya. Akhirnya saya dapat seperti yang berikut:
(http.request.method eq "GET" and http.request.uri.path contains "/uploads/" and not http.referer contains "sanazi.my" and not http.referer contains "tojiali.com" and not http.referer contains "perkongsian.com" and not http.referer contains "buat-duit-online-kerja-di-rumah.blogspot.com" and not http.referer contains "fromyourbedroom.blogspot.com" and not http.referer contains "facebook.com" and not http.referer contains "twitter.com" and not http.referer contains "google.com" and not http.referer contains "yahoo.com" and not http.referer contains "bing.com" and not http.referer contains "duckduckgo.com" and not http.referer contains "cloudflare.com" and not cf.client.bot)
Kod diatas dimasukkan ke Firewall Rule di laman Cloudflare. Sebagai penafian, saya bukan pakar. Jadi jangan cuba jadikan kod di atas sebagai rujukan kerana mungkin saya sudah rosakkan blog ini dan boleh memberi impak kepada SEO.
Kelemahannya pula, blog-blog yang hotlink gambar saya hanya akan paparkan broken images sahaja, saya tidak tahu cara untuk buat blog itu paparkan gambar khas seperti di atas. Takpelah, small matter. Asalkan tak kena curi bandwidth lagi.