Cara paling senang untuk daftar mengundi (daftar pemilih) adalah melalui pejabat pos. Kalau pergi pejabat pos yang lengang, kejap je boleh selesai. Cuma nak tunggu nama naik semasa semakan online yang akan makan masa.
Aku pun baru sahaja daftar mengundi beberapa minggu yang lalu. Masa PRU-13 dulu, aku masih belum layak mengundi lagi. Tiba-tiba rasa muda pulak bila aku mention macam ni.
PRU-14 makin dekat, maka elok aku daftar sekarang. Korang mana-mana yang dah 21 tahun tu cepat-cepat la daftar sebagai pemilih. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia.
Panduan daftar mengundi di pejabat pos
Nak daftar di pejabat pos senang je.
(1) Ambik nombor giliran urusan pelbagai dan tunggu nombor dipanggil.
(2) Dah sampai giliran bagitahu je nak daftar mengundi dan serahkan MyKad sekali. Tak perlu isi borang, kerani kaunter yang akan uruskan.
(3) Nanti korang akan tandatangan dua salinan borang, jangan lupa check dulu butir-butir sebelum sain.
Selesai. Tak perlu bayar apa-apa pun.
Semak status secara online
Lepas dah daftar jangan lupa check secara online.
Pautan semakan adalah di sini: Semakan Daftar Pemilih
Mula-mula daftar mungkin takkan naik terus.
Aku check dalam seminggu kemudian dah ada nama dalam sistem.
Saya mahu tahu no akaun saya.
[…] Berkaitan: Panduan daftar pemilih di pejabat pos. […]
[…] PRU-14 saya sudah cukup umur untuk mengundi tapi saya lewat daftar sebagai pemilih, sekali lagi kempunan untuk mengundi. Waktu ini pendaftaran calon pemilih masih belum […]