Kali ini aku akan buat tutorial untuk membuat landing page untuk Blogspot. Sekiranya korang melawat sebuah blog Blogspot tidak melalui link post (http://namablog.blogspot.com/TTTT/BB/tajuk-post.html), sebaliknya melalui link halaman utama (http://namablog.blogspot.com), apa yang korang akan jumpa di sana ialah sejumlah post atau entry terbaru daripada pemilik blog berkenaan.
Kalau tak nak yang macam tu kat blog korang, sebaliknya korang nak pengunjung blog pergi ke satu halaman yang khusus sekiranya pelawat mengunjungi homepage anda.
Ini boleh dilakukan dengan menggunakan custom redirect.
1. Buat halaman yang korang nak pelawat pergi, tak kisah new post atau new page. Sekiranya korang buat new post link dia ialah http://namablog.blogspot.com/TTTT/BB/tajuk-post.html, copy /TTTT/BB/tajuk-post.html sahaja. Kalau buat new page, link dia ialah http://namablog.blogspot.com/p/nama-page.html, copy /p/nama-page.html sahaja.
2. Pergi ke Settings >> Search Preferences.
3. Dibawah Errors and Redirections, klik Edit lepas tu klik New Redirect. Isikan From: dgn simbol / dan paste-kan link daripada step 1 pada ruang To:
4. Tick pada Permanent dan klik Save.
5. Klik Save changes.