Assalamualaikum. Hai semua. Kali ini saya kongsi panduan untuk bayar bil TNB online.

Caranya sungguh mudah. Saya akan gunakan Maybank2u dan juga JomPAY.

Bukan sahaja Maybank. Bank-bank lain pun boleh asalkan disediakan perkhidmatan Jompay.

Senarai bank yang menyediakan kemudahan Jompay:

bayar bil TNB online dengan JomPAY
Senarai bank dengan kemudahan JomPAY

Sumber: https://www.jompay.com.my/making-a-payment.html#banks

Panduan ini boleh didapati dalam versi video di https://www.youtube.com/watch?v=sGu55JYyIj8 atau boleh tonton terus dari bawah:

Jika memilih untuk mengikuti versi teks, teruskan membaca.

Pergi ke Maybank2u dan daftar masuk.

Klik pada pautan “PAY & TRANSFER” di bahagian kanan atas skrin.

Pastikan anda berada di tab “PAY.” Pilih “JomPAY” untuk pilihan “Pay To.”

Masukkan 5454 sebagai “biller code” dan tekan “Enter” di keyboard.

Anda akan dapat popup berikut:

bayar bil TNB online dengan JomPAY
Popup JomPAY
bayar bil TNB online dengan JomPAY
Maklumat yang diperlukan pada bil elektrik TNB

Masukkan “No. Akaun” ke dalam ruangan “Ref-1”

Ruangan “Ref-2” dibiarkan kosong

Jumlah yang perlu dibayar pada ruangan “Pay Amount”

Tandakan checkbox “I hereby agree…”

Klik butang “PAY”

Sebagai langkah keselamatan, anda perlu memasukkan nombor TAC.

Klik butang “REQUEST” dan nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan dengan Maybank2u.

Masukkan nombor TAC dan klik butang “CONFIRM” untuk sahkan pembayaran.

Pembayaran telah berjaya. Anda boleh download dan simpan resit sebagai rujukan.

Itu sahaja proses pembayaran bil TNB atas talian. Sungguh mudah dan tak perlu ke kedai tenaga atau pejabat pos.

Terima kasih kerana masih mengekalkan potongan / rebat RM40 kepada golongan yang layak.

Semoga panduan ini bermanfaat buat semua. Jumpa lagi di panduan seterusnya. Assalamualaikum.

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *