Sejak saya putuskan untuk tinggalkan web hosting NetKL dan berpindah ke server baru, saya abaikan sahaja blog tojiali.com kerana tak ada sebarang content di blog itu. Kali terakhir saya check blog itu selepas hosting NetKL terminated ialah halaman “account suspended.”

Hari ini apabila saya buka blog saya, saya jangkakan masih sama nasibnya. Sebaliknya, saya terperanjat apabila melihat halaman yang tidak dikenali muncul apabila membuka URL tojiali.com. Saya cuba buka URL itu dengan mode incognito/private di web browsers yang lain, keputusannya tetap sama.

blog kena hack
Halaman yang saya lihat

Apabila saya cari blog saya di Google, memang hasil carian adalah halaman yang tidak dikenali itu.

Hasil carian untuk URL blog saya

Saya copy paste kandungan dari halaman itu dan hasil carian tunggal datang daripada URL tojiali.com. Apa yang berlaku sebenarnya?

Satu-satunya hasil carian daripada content halaman itu
Hasil carian nama blog juga menemukan URL blog saya

Saya faham konsep shared hosting di mana ramai pengguna berkongsi satu server untuk menempatkan blog masing-masing termasuklah berkongsi satu alamat IP bagi server itu. Tapi mustahil URL blog saya akan menuju ke blog orang lain yang ada dalam server itu.

Saya check rekod WHOIS, domain name tojiali.com masih aktif dan saya adalah pemiliknya, jadi apa masalahnya?

Saya keliru dan tak tahu apa yang sudah terjadi tapi saya akan baiki perkara ini sekarang.

Saya sudah halakan domain name ini ke servis CloudFlare. Saya hanya perlu pinda rekod DNS di sana dan buang rekod-rekod DNS yang menuju ke server NetKL. Saya juga tetapkan URL tojiali.com menuju ke blog sanazi.my ini. Ini adalah pindaan sementara, saya akan buat blog baru nanti. Saya juga pastikan tiada rekod-rekod DNS lain di halaman tetapan di NetKL.

Domain redirection di CloudFlare

Entah kenapa, domain tojiali.com sentiasa buat hal. Sebelum ini blog saya telah dianggap sebagai phising site, kali ini dia paparkan blog orang lain pula.

Saya rasa ini sekadar kesilapan teknikal. Tiada cubaan untuk hack atau ‘godam.’ Mungkin pemilik blog itu sendiri pun tidak sedar. Tapi di mana blog sebenar beliau? Buat masa ini, masalah sudah selesai, tapi saya harap siapa-siapa yang arif boleh berikan pencerahan, rasa malas pula mahu tanya direct ke NetKL.

Update: Hasil carian lanjut menggunakan alamat email yang disertakan (saya kaburkan dalam gambar di atas), saya menemukan halaman LinkedIn beliau. Dari halaman linkedIn beliau saya jumpa profile Twitter dan domain name untuk blognya yang sebenar. Saya pasti blog CV miliknya itu adalah unlisted daripada Google dan enjin-enjin carian yang lain dan hanya dikongsikan direct link ketika urusan permohonan kerja sahaja.

By Sanazi

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

One thought on “Blog Saya Kena Hack?”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *