Sebelum ini saya sudah maklumkan saya ada mencuba beberapa service cloud computing free tier daripada beberapa nama-nama besar seperti Google: Google Cloud Platform (GCP), Microsoft: Microsoft Azure dan Oracle: Oracle Cloud Infrastructure (OCI). Akhirnya saya putuskan Oracle Cloud Free Tier adalah yang terbaik.

Boleh tonton video daripada IdeaSpot apa yang Oracle Cloud Free Tier offer.

Each tenancy gets the first 3,000 OCPU hours and 18,000 GB hours per month for free to create Ampere A1 Compute instances using the VM.Standard.A1.Flex shape (equivalent to 4 OCPUs and 24 GB of memory). Each tenancy also gets two VM.Standard.E2.1.Micro instances for free.

https://cloud.oracle.com/compute/instances

Secara mudahnya, ada offer “server kecik” dan “server besar.” Saya pakai “server kecik” kerana tergila-gilakan sebuah web server LiteSpeed untuk blog saya sementara “server besar” tak support LiteSpeed.

Hari ini saya akan pindahkan blog sanazi.my ini dari “server kecik” ke “server besar” sebab “server kecik” selalu buat hal, blog saya selalu down. Memang boleh dijangka dengan sekadar RAM 1GB, tak mampu menampung blog saya yang tak dioptimakan dengan betul.

Panduan ini saya buat secara kasar sekadar untuk mengingatkan diri sendiri workflow proses pemindahan agar tidak mess up seperti yang saya sering lakukan.

(1) Buat backup blog di hosting asal dengan plugin Duplicator, kemudian download fail-fail backup itu.

(2) Point IP address hosting baru di DNS settings CloudFlare.

(3) Pastikan SSL setting di CloudFlare adalah “Full” mode supaya tidak berlaku redirect loop.

(4) Create website baru di hosting baru (domain yang ingin dipindahkan). Pastikan nombor port adalah berbeza dengan blog-blog yang sudah sedia ada. Database yang baru juga perlu dibuat.

(5) Tambah SSL Cerificate dengan “Verification mode” ialah “DNS Verification” menggunakan pilihan CloudFlare.

(6) Setup API Token CloudFlare, masukkan email CloudFlare, token dan hidupkan “API-Limit.” URL untuk CloudFlare API Token.

(7) Save dan issue certificate.

(8) Upload fail-fail backup dari hosting lama ke root directory hosting baru. Kemudian, mulakan proses restore.

(9) Setup database dengan credentials database yang telah dibuat di langkah (4).

(10) Jika semua steps ini diikuti dengan teratur, proses pemindahan blog akan berjaya.

Resources usage “server besar”

Artikel ini ditaip di web hosting yang baru, “server besar.” Harap-harap blog saya tidak akan down lagi selepas ini dan saya tidak perlu bayar satu sen pun untuk hosting. Cukup sekadar bayar domain name sahaja.

By Sanazi

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

One thought on “Berpindah Web Hosting Blog Ke Oracle Cloud Free Tier”
  1. […] management lain-lain yang perlu akses ke portal Oracle Cloud. Artikel sebelum ini yang mana saya pindahkan blog ini dari “server kecik” ke “server besar”, saya terbitkan sebelum saya dapat akses balik akaun saya, dengan harapan ianya akan baik baik […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *