• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Catatan Harian / Akhirnya Tiba Juga Filem Kongsi 2010

Akhirnya Tiba Juga Filem Kongsi 2010

14/05/2011 by Toji Ali Leave a Comment

Poster Filem Kongsi 2010
Poster Filem Kongsi (2010)

Apa yang tiba nih? Sebenarnya filem yang aku tunggu-tunggu sejak tahun lepas lagi akhirnya akan screening di pawagam pada 12 Mei ini. Filem apa? Filem tu ialah filem “Kongsi”, filem yang menggunakan tagline “Lu langsi, lu mati” memang aku ternanti-nanti filem ni akan keluar di pawagam sejak aku tengok trailer filem ni pada tahun lepas, malah aku download trailer filem ini ke dalam handphone aku dan tak jemu-jemu tengok berulang kali. Akhirnya filem yang sebenar akan keluar tidak lama lagi. Aku tertarik dengan filem ini sebab cerita ini nampak filem aksi komedi yang lain dari yang lain dan produksi filem ni sanggup berbelanja semata-mata untuk filem ini, dan aku rasa filem ini mampu box-office dan menumpaskan kutipan filem-filem yang sebelum ini, mudah-mudahan.

Menggunakan loghat utara dan loghat timur yang diselitkan dalam filem ini membuatkan filem ini semakin menarik untuk ditonton, tak kurang juga bahasa siam ada diselitkan dalam filem ini. Ayat yang paling aku tak boleh blah ialah “Kosi gelap gapo lagu nih hah cubik sikik jerik serupo ponde!” Memang aku nak tergelak tiap kali dengar ayat tu. Bunyi siam tak ayat tu. Nak bagi bunyi Klate aku repair jadi “Kosi gelak nate apo lagu nih hah cobek sikik jerik po nga ponde”. Hahaha lagi masyuk. Ada lagi, dalam filem ni Azad yang anti cakap KL buatkan aku suka dengan filem ni. Buat apa nak cakap KL dengan orang senegeri. “Hang jangan dok becakap KL dengan aku”, “mak hang beranak hang kat mana?” Ada ke jawapan dia “Nibong Tebel”, tuh dah bukan KL dah tuh, tu dah jadi Bahasa Indonesia dah pulak.

Apa-apa pun aku tak sabar nak tunggu filem ni nanti, walaupun kat tempat aku ni faham-faham la kan, takde panggung. So aku akan tunggu TaeMaryzs release PPVrip dari Astro First ataupun kena tunggu lama sikit sebelum diorang release proper DVDrip.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Catatan Harian, Movie Review Tagged With: filem

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Remote Astro Rosak, Beli Remote Baru
  • Senarai Filem, Drama dan Telemovie Dalam Loghat Kelantan

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in