• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Info / Optimakan Video Dengan Avisynth Dan X264 Core

Optimakan Video Dengan Avisynth Dan X264 Core

31/05/2011 by Toji Ali Leave a Comment

Selama ni aku tercari-cari converter yang best untuk aku convert video aku tak kira la reencode untuk simpanan dalam hard drive aku ataupun untuk diuploadkan masuk dalam phone aku. Begitu juga hardsubber yang bagus untuk aku hardsubkan subtitle ke dalam video. tapi sejak dua menjak aku reti pakai avisynth ni, aku rasa semua benda dah setel. aku dah tak perlu nak hardsub dulu video sebelum convert ke dalam format yang compactible dengan phone aku. Load jer skrip avisynth dalam converter, biarkan plugin avisynth dan converter tu jer yang buat kerja.

Aegisub adalah satu software subtitle timing dan editing yang bagus untuk handle subtitles yang biasa diketahui spt .srt, .sub .txt etc tapi ia lebih tertumpu kepada subtitle jenis Advanced Substation Alpha Subtitle.

aegisub
Aegisub

Advanced Substation Alpha ni perlu install VSfilter dalam pc baru boleh bukak sub jenis ni, kalau tak, mmg player xleh detect sub format ni.. Memandangkan aku kaki layan video klip lagu, so tak best la kalau takde lirik yang overlay skali ngan video tuh, dengan kata mudahnya xde subtitle untuk video tuh. bila dah ada subtitle, nak hardsub pulak susah. aku pakai virtualdub, tapi bukan main lagi compression video dia. tak menjadi. aku pilih compressor XVID, video SD 3 minit ratus-ratus Megabytes. kalau pilih UNCOMPRESSED, alamatnya 3 minit tuh makan semua space hard disk aku.

virtualdub
VirtualDub

Hardsub ni perlu sebab xleh nak convert direct sebab converter xleh nak compile subtitle jenis ni. oleh sebab itu aku suka bikin subtitle.. dah banyak subtitle aku buat, ada aku simpan dalam HDD aku. Aegisub ni senang nak masukkan tag sebab tekan butang kat software tu jer, dia akan bubuh secara automatik. berbanding dengan .srt (SubRip Text subtitle) yang perlu diletakkan tag spt fontname, fontsize, textcolor etc secara manual.. Tapi walaupun aku suka wt sub dengan aegisub, tp sub yang aku wt sikit sebanyak out of sync la pasal bab timing dengan aegisub memang aku sucks, so aku timing pakai software stopwatch jer.. Finalizing step je lah pakai aegisub.. Dan dengan Aegisub jugalah aku boleh buat lirik karaoke dengan software ni. karaoke aku still basic, contoh boleh tengok kat video youtube aku. bukak youtube taip “tojibudakbaik”, video yang keluar tu adalah video2 yang aku lirik-karaoke-kan! Dan sejak aku mula buat lirik karaoke dulu tuh, aku mula belajar untuk fahami string2 serta tag2 yang aku perlu kuasai untuk reka template karaoke yang menarik untuk video klip lagu. memandangkan aegisub menggunakan bahasa atau script Lua, aku try la nak faham cikit2, tp mmg langsung aku tak reti..dan berakhir sekerat jln jer..

Berbalik kpd hardsub, sejak aku reti guna avisynth, load jer fail avs dalam encoder, biarkan encoder tu buat kerja. Encoder yang aku guna adalah x264 core.. mmg best compression dia, berbanding virtualdub.. dia render video HD dan HQ dengan quality gambar cun dengan saiz fail yang berpatutan..

x264 core
X264 Core

standard videoclip dvdrip 3 minit lebih dalam 30-60MB.. So aku setelah give up nak reti mendalam Aegisub, aku nak reti mendalam Avisynth ni pulak, tengah study lagi ni, tp kejap lagi sure give up pulak ni.. Oh ya. Avisynth adalah benda dimana dia bertindak sebagai filter dalam video editing ni, biasanya kita akan buat satu fail text (.txt) dan di-rename kpd .avs, dalamnya kita akan tulislah setting2 serta string2 dan coding2 bagaimana untuk mainkan sesuatu video, termasuklah setakan subtitle, cropping, trimming dam banyak lagi..

Tentang converter pulak, aku kalau nak convert video masuk dalam phone aku yang skrinnya ber-resolusi 360p (640×360), aku guna Any Video Converter Professional, versi yang berbayar, tapi aku lagi professional, download trial, apply patch, abes citer..hehe. jgn ikut ok, support pembina software itu dengan membelinya secara sah!!!

Any Video Converter
Any Video Converter

By the way, kalau video yang nak diconvert itu HQ dan berresolusi atas drpd 640×480, aku setting; profile=Nokia N-Serie MPEG-$ Movie (*.mp4) video codec=mpeg4 frame size=640×360 video bitrate=768 yang lain biarkan begitu, xperlu ubah; kalau video LQ youtube vcd etc dan berresolusi 640×480 aku settingkan sama cuma aku ubah frame size=Auto video bitrate=384, wt per framesize 360p kalau source dia lagi kecik dan buat per bitrate tinggi2 kalau source dia low low low quality..

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Info Tagged With: subtitle, windows

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Comments

  1. Toji says

    07/10/2012 at 7:55 AM

    blh cari subtitle di subscene.com,
    lepas download akan ada satu fail .zip atau .zipx,
    unzipkan fail tersebut pakai winrar atau seumpamanya
    and akan dpt fail .srt,
    letakkan fail .srt dlm folder yg sama dimana fail movie berada,
    kalau fail movie adalah filem-thai.avi kena rename fail .srt sbg
    filem-thai.srt jgk, kena bg sama, penting..
    then dh boleh bukak movie tu.. video player skrg ni akan detect subtitle secra automatic.
    p/s: selalunya kena download byk2 fail subtitle sbb selalunya subtitle dgn suara akan lebih
    cepat/lmbat (x sync dgn baik).. boleh resync pakai aegisub tp sebaiknya download je la yg lain..

    Balas
  2. wAn PokkA says

    07/10/2012 at 7:11 AM

    bro cmne nk bt subtitle tanpa kita tlis subtitlenya.saya ada stu filem thai mana pham mksudnya.tlg ajar sya.tq

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Ubat Luka Losyen Kuning Cap Kaki Tiga
  • Aku Sudah Terminate YES 4G

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in