Nama aku ialah Toji Ali. Ali itu nama bapa aku, Toji tu pula nama timangan aku sejak kecil lagi. Cerita disebalik nama ini adalah ketika aku darjah 5 dahulu semasa sedang bermain main bola bayang, tiba-tiba sahaja ada seorang kawan perempuan aku jerit nama aku “Toji”, sejak dari itulah, melekat nama ini sampai ke hari ni. Aku pun tidak tahu what on Earth is Toji, tapi yang aku tahu Toji adalah nama sebuah temple di Jepun di daerah Kyushu. Tentang nama betul pula, tidak perlulah tahu kerana nama betul aku lagi la pelik.

Aku dilahirkan pada tahun 1992 di Hospital Daerah Tumpat agak-agak dalam pukul 6.30 petang sebagaimana yang tercatit pada birth certificate aku. Aku memang anak jati Kelantan, memang tidak boleh disangkal lagi.

Aku tinggal di Kampung Kubang Batang, dalam kawasan Wakaf Bharu. Kalau hendak ke Kota Bharu dalam 30 minit akan sampai ke sana, tidaklah jauh sangat.

Aku mendapat pendidikan awal di tadika zamrud kat kampung aku tu la, terletak di on the way nak pergi ke Chabang Empat. Lepas tu aku bersekolah rendah di SK Kubang Batang. Dari kelas 1-3 aku di kelas Sejahtera, kelas kedua pertama dan kedua terakhir, pasal time tu ada 3 kelas jer. Kelas 4-6, aku dapat naik ke kelas Cemerlang iaitu kelas yang pertama. Guru besar time tu adalah Cikgu Kamaruddin and till hari ni aku rasa cikgu lagi kot yang pegang position tu.. Aku suka cikgu tuh pasal cikgu tuh rapat gak dengan aku dan aku merupakan salah satu pelajar kesayangan dan target 5A dalam upsr tahun 2004. Last-last aku dapat 4A jer, English aku dapat B. selalunyer dalam test bulanan, aku dapat A English dan B Math tapi bila exam sebenar terbalik pulak. For your information, aku memang tak pernah sentuh sebarang buku pun untuk setiap exam, nyesal betul aku, kalau aku study, tentu aku akan dapat straight A’s. Biarlah, tu semua dah berlalu.

Bila aku meningkat remaja, aku sekolah kat SMK Wakaf Bharu. Aku target nak pergi sekolah tu jer, sebab yang tu paling dekat dengan rumah aku. Walaupun aku dapat exam untuk masuk ke SMK Falahiah kat pasir pekan, tapi aku rasa aku fail exam jawi tu kot, sabab tu aku takleh masuk kat situ, Biarlah, aku memang taknak masuk pun. Kat SMKWB, dari form 1-3 aku dapat masuk kelas pertama iaitu kelas Adil. time form 3, aku dapat masuk kelas elite, study dalam bilik ber-aircond dan cikgu selalu tak masuk kelas, aku memang suka kalau hari-hari tak study macam tuh. Aku dapat 8A 1C untuk PMR, Bahasa Arab Aku dapat C. Form 4-5 aku dapat masuk kelas Alfa, juga kelas yang pertama. Aku langsung tak mintak untuk MRSM ke SBP ke walaupun dapat 8A time PMR. Kat form 5 macam biasa aku dapat masuk kelas elite gak. Tapi yang silapnya time SPM aku tak dapat 10A straight pasal aku dah hilang fokus dah, aku dah rasa malas semacam nak study. Aku dapat 5A 3B 2C.

Lepas tamat High School, aku berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Sebelum SPM aku isi untuk ke matrik dgn UPU jer, tapi UPU langsung aku tak dapat. Matrik pulak lain yang aku isi, lain yang aku dapat. Aku mintak nak pegi Matrik Melaka, Penang langsung aku tak mintak tapi apasal la aku tiba-tiba jer dapat tu. budak sekolah aku, yang laki semua dapat Penang, yang pompuan pulak semua dapat Perak. Tapi takpe la, aku rasa aku memang dah di-destinied untuk ke KMPP, and aku pun suka sangat kat KMPP. Aku ambik sains fizikal, aku dalam kelas F3P7. Dalam kuliah aku suka sangat, sebab itulah pengalaman pertama macam mana geng-geng kolej belajar dan ini pengalaman untuk aku ke U nanti.

Hobi aku pulak, aku suka main badminton time dok kmpp dulu. Boleh kata dalam seminggu tuh 2-3 kali jugak la aku main badminton. Time malam cuti pulak, kadang-kadang sampai pukul 3 pagi pun dok main badminton lagi, sampai kena halau dek pak guard. Satu lagi yang pelik pasal diri aku ialah, bila aku dok KMPP, aku selalu jer homesick. Homesick bukan sebab apa, kan masa dok umah aku ada hobi suka memasak, bila kat KMPP dengan dapur nya takde, mana aku boleh tahan. Hari-hari aku dok masak kat umah, kat KMPP memang aku nak balik ar, rindu sangat nak masak nih.. Aku sejak kecil lagi memang aku suka masak, kalau hidangan yang simple tu boleh la aku masak spontaneously, tapi kalau yang susah, memang aku ken tengok buku resepi la. Kenapa aku suka masak? Taktaw la… dah memang hobi aku, nak wat camner kan.. satu agi mana taw kot-kot aku ditakdirkan membujang sampai tua, at least aku boleh masak sendiri kan, takyah la aku ke kedai kope jer hari-hari, nanti orang kat sana pun jemu tengok muka aku nih.

Sekarang ni aku menuntut di UPSI,
tak ramai budak lepasan matrik yang mintak Upsi,
kebanyakkannya lepasan STPM,
bila orang kampung tanya aku belajar di mana,
bila “UPSI” jawapanku,
konfem2 la mereka akan cakap : “Oh, cikgu la ni!”,
mereka memang tak bersalah kerana menganggap begitu ,
walaupun aku bukan bakal cikgu,
mindset orang, orang kampung especially, eventhough cikgu aku sndiri pun,
asal UPSI jer, cikgu.. upsi jer cikgu..
tapi sekarang ni dah campur la,
aku bukan cikgu..
aku amik kos animasi..
sekarang sudah sem 3..

Aku seorang yang suka menyendiri… aku tak suka banyak cakap.. aku kalau boleh nak kawan dengan semua dan aku nak dapat bayak kawan.. tapi aku tak boleh nak mulakan selagi pihak yang satu lagi tak mulakan…Entahlah, maybe aku memang born a scaredy cat.. Tapi aku seorang yang peramah.. Aku tak pernah marah orang sepenuh hati walaupun dia tu memang annoying giler. Kalau setakat marah-marah biasa gurau-gurau tu biasa la, kalau tak marah langsung, nati aku ni takde perasaan la pulak kan..

Apa lagi yek aku nak citer pasal diri aku nih… aku tak taw xceli camner nak introduce myself… Aku rasa dah cukup kot, kalau bab personaliti tu terpulang la kepada korang semua.. Aku takleh nak ceritakan tu senua kan.. tu semua berdasarkan persepsi kalian untuk menilai baik buruk aku…

Sekian sahaja

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *